Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Bangunan Hiasi Laman Pesona, Kluang – 2024
  • ATTRACTION

Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Bangunan Hiasi Laman Pesona, Kluang – 2024

Helmi Aziz September 9, 2024 (Last updated: September 9, 2024) 4 minutes read
keluang man

Dalam satu majlis yang penuh makna, Astro Shaw telah melancarkan mural gergasi Keluang Man di Kluang, Johor, sebagai tanda penghormatan kepada bandar yang melahirkan adiwira ikonik ini dalam versi filemnya.

Mural yang menakjubkan ini bukan sahaja menjadi tarikan terbaharu untuk peminat, tetapi juga bakal muncul dalam filem live-action Keluang Man yang dinanti-nantikan ramai.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi antara Keluang Man dan Wonda Coffee, mural epik ini turut mempamerkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’, kopi pertama yang disajikan dalam pakej RTD, sebagai penghormatan kepada budaya kopi tempatan Kluang dan rasa asli kopi Malaysia.

Pelancaran mural diadakan di Laman Pesona, Kluang, dihadiri oleh barisan pelakon terkenal seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal, dan Shweta Sekhon. Turut hadir adalah Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Pengarah Anwari Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundaram, Pegawai Daerah Kluang, Haji Mohd Rafi bin Abdullah, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati binti Wahid, yang bersama-sama melengkapkan mural tersebut.

Mural setinggi tiga bangunan ini merupakan hasil karya artis grafiti terkenal Abdulrashade, yang mengambil masa 10 hari untuk disiapkan. Menampilkan karakter-karakter utama filem seperti Keluang Man, Shamsir, Ahmad, Inspektor Sahab, Doktor Malini, dan Bebe si kucing kesayangan, mural ini juga mempamerkan tin minuman ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’. Ia pasti akan menjadi tarikan utama di Kluang, menarik minat pelancong dan peminat filem.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, “Keluang Man adalah simbol keberanian dan semangat superhero Malaysia. Mural ini adalah penghormatan kepada semua peminat dan komuniti yang telah memberikan sokongan padu. Kluang dipilih sebagai lokasi mural kerana bandar ini memainkan peranan penting dalam penggambaran filem ini. Kami percaya inisiatif ini akan menarik peminat dari seluruh negara dan memberi mereka peluang untuk lebih dekat dengan filem dan watak adiwira ini.”

Santharuban T. Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn Bhd, menyatakan, “‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ bukan sekadar produk baru; ia adalah penghormatan terhadap warisan kopi Kluang. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw untuk menggabungkan dua jenama ikonik Malaysia—Keluang Man dan Wonda Coffee. Kerjasama ini merayakan identiti Malaysia dan mencipta pengalaman yang bermakna untuk penonton. Edisi khas ini menampilkan rasa Tongkat Ali yang melambangkan kekuatan dan ketahanan yang seiring dengan watak Keluang Man serta pencinta kopi kami.”

Hajah Azurawati Wahid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, mengulas, “Pemilihan Kluang sebagai lokasi mural Keluang Man adalah satu penghormatan besar dan kami sangat bangga. Mural ini adalah satu pengiktirafan kepada daerah Kluang dan diharapkan akan menjadi daya tarik pelancongan yang menarik. Dengan adanya mural ini, kami berharap Kluang akan menjadi destinasi pelancongan yang lebih popular.”

Filem Keluang Man yang diarahkan oleh Anwari Ashraf ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin, dan banyak lagi.

Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.

Untuk semua pencinta kopi Malaysia, termasuk peminat Wonda Coffee, edisi baharu ini kini boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia. Jadi, dapatkan sekarang dan nikmati rasa sebenar kopi Kluang yang penuh kelazatan. Cita rasa kita, wira kita”. Untuk maklumat lanjut mengenai Wonda Coffee dan “Wonda Kopi Edisi Kluang”, sila layari Facebook dan Instagram.

Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie #AstroShaw #WONDAxKeluangMan #WiraWonda #KeluangManxWonda #CitaRasaKitaWiraKita bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Hafiz Hamidun Dedikasi Lagu ‘Raudah’ Sempena Maulidur Rasul – 2024
Next: Pontianak 200KG: Filem Komedi Seram Paling Menghiburkan 2024!

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.