MotoGP: Petronas, Dorna Sports perkenal bahan api mampan

MotoGP: Petronas, Dorna Sports perkenal bahan api mampan

CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta (kiri) dan Pengurus Besar Kanan (Kumpulan Perhubungan dan Komunikasi Strategik), Datin Anita Azrina Abd Aziz (kanan) ketika di acara pengumuman penggunaan bahan api bukan fosil 40 peratus untuk kejohanan Moto2 dan Moto3, Jumaat lalu.

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) dan Dorna Sports memperkenalkan penggunaan bahan api mampan baharu bagi kelas Moto2 serta Moto3 pada hari pembukaan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix Petronas 2023, Jumaat lalu.

Petronas berkata, pihaknya sebagai pembekal rasmi bahan api kekal komited dalam memyediakan minyak dioptimumkan bermula musim depan memandangkan rakan kongsinya, Dorna Sports selaku pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP itu turut mendorong ke arah pelepasan karbon sifar bersih.

Menurutnya, pada 2024, Moto2 dan Moto3 bakal dikuasakan sepenuhnya oleh M2 Petronas Primax Pro-Race yang diformulasikan sekurang-kurang 40 peratus bio bahan bukan fosil di samping terus memenuhi keperluan oktana tinggi serta oksigen rendah bagi peraturan bahan api Federation Internationale de Motocyclisme (FIM) 2023.

“Evolusi dalam kerjasama ini membolehkan Petronas menyokong Dorna Sports dalam mencapai matlamatnya untuk menjayakan kejohanan tersebut dengan penggunaan 100 peratus bahan api mampan menjelang 2027,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sumber