Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • ‘Motherhood Choice Awards 2019’ iktiraf jenama produk bayi pilihan ibu
  • ACTIVITY

‘Motherhood Choice Awards 2019’ iktiraf jenama produk bayi pilihan ibu

Helmi Aziz May 21, 2019 2 minutes read
1558429955_302790.jpg

NUREN Group melancarkan ‘Motherhood Choice Awards 2019’ sebagai mengiktiraf jenama barangan bayi pilihan utama ibu bapa di negara ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nuren Group, Petrina Goh, berkata kempen berkenaan bertujuan memberi ganjaran dan meraikan pemain industri barangan bayi yang telah memberikan sumbangan positif kepada komuniti ibu.

Beliau yang juga komuniti dan hub e-commerce Motherhood.com.my, menjelaskan, Motherhood.com.my mendapat perhatian dalam kalangan ibu bapa di negara ini.

“Kami ingin berkongsikan jenama, produk dan perkhidmatan terbaik untuk membantu ibu bapa membuat keputusan dengan informasi secukupnya dalam merancang perjalanan keluarga dan perbelanjaan barang-barang bayi.

“Untuk mempermudahkan carian produk dan perkhidmatan terbaik, kami melancarkan Motherhood Choice 100 di Motherhood.com.my di mana kami mempamerkan semua jenama ini.

“Usaha ini dalam mempromosikan jenama terbaik juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengawal selia dan meningkatkan langkah keselamatan kanak-kanak.

“Oleh itu, hanya kualiti terbaik, produk yang paling selamat dan paling inovatif akan diserlahkan. Mereka juga akan menjadi juara untuk anugerah itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah Motherhood Choice Award ini akan pergi ke jenama yang paling banyak menerima undian dari komuniti Motherhood dan ibu bapa di Malaysia.

Pencalonan untuk program anugerah bermula seawal Mac 2019 dan pemenang akan diumumkan pada bulan Jun 2019.

Program itu mendapat sokongan Nestle Malaysia.

Melalui pelancaran laman web Motherhood.com.my ia juga akan membolehkan pemilik jenama dan pengedar yang diberi kuasa untuk mewujudkan hub sehenti untuk mengurus kandungan, e-dagang dan komuniti mereka.

Motherhood.com.my turut mensasarkan untuk menggabungkan 30 jenama untuk melancarkan Laman Jenama Rasmi mereka menjelang akhir tahun 2019.

Selain itu Nuren Group turut menjalinkan kerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Yayasan OrphanCare bagi program ParentCraft Motherhood.com.my dan Yayasan OrphanCare.

Bengkel ibu bapa yang diwujudkan Motherhood adalah satu siri kelas untuk mendidik dan membimbing ibu-ibu dalam perjalanan penjagaan anak mereka.

Kelas-kelas yang dijalankan secara bulanan, menyasarkan seramai 150 orang ibu bapa baru.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: 6 langkah hilangkan jeragat guna bahan alami
Next: Dua pemuzik berbakat dalam pembikinan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.