Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, Nov 28 -- Prince of Monaco, Prince Albert II during an exclusive interview with Bernama today.
Monaco is open to collaborating with Malaysia in many possible areas that could mutually benefit both countries in the future, in line with the opening of the new Monaco Honorary Consulate Office, here.
-- fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR, Nov 28 — Prince of Monaco, Prince Albert II during an exclusive interview with Bernama today.
Monaco is open to collaborating with Malaysia in many possible areas that could mutually benefit both countries in the future, in line with the opening of the new Monaco Honorary Consulate Office, here.
— fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

MONACO bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang selaras dengan pembukaan Pejabat Konsulat Kehormatnya di sini.

Putera Albert II bertitah terdapat pelbagai peluang untuk diteroka oleh kedua-dua negara yang mempunyai kepentingan bersama seperti industri pelancongan dan pendidikan selain pembangunan lestari.

“Mengapa tidak diteroka bidang yang sebelum ini tidak pernah kita fikirkan. Begitu juga dengan pertukaran budaya dan peluang pendidikan antara golongan belia kedua-dua negara.

“Jadi kita perlu meneliti perkara ini lebih mendalam dan benar-benar mengenal pasti cara terbaik untuk menjalin kerjasama yang akan memanfaatkan kedua-dua negara,” titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan Bernama hari ini.

Sumber