Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • MITI pastikan hubungan perdagangan, pelaburan kukuh dengan Vietnam
  • ACTIVITY

MITI pastikan hubungan perdagangan, pelaburan kukuh dengan Vietnam

Helmi Aziz March 21, 2022 3 minutes read
1635333.jpg

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) komited untuk memastikan ekosistem perniagaannya semakin berkembang kukuh di samping mengeratkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan yang sedia teguh di antara Malaysia dan Vietnam.

Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebagai pelabur asing kesembilan terbesar, kehadiran Malaysia di Vietnam merupakan trajektori positif untuk perdagangan dua hala dipertingkatkan manakala hubungan pelaburan jelas akan ditempa, menjadikan Vietnam destinasi pelaburan penting khususnya dalam utiliti, pembuatan dan pembangunan hartanah.

“Satu kebanggaan untuk melihat syarikat terkemuka Malaysia melabur dan beroperasi dalam menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi dengan cara menyediakan pekerjaan kepada rakyat Vietnam, di samping memanfaatkan peluang luas untuk bersaing di peringkat global.

“Walaupun Covid-19 telah menjejaskan prestasi perdagangan dan perniagaan, namun, memandangkan vaksinasi lengkap populasi dewasa mencatatkan peratusan yang tinggi, kedua-dua negara bersedia untuk peralihan ke fasa endemik dengan sempadan antarabangsa dibuka,” katanya menerusi catatan di laman Twitter.

Beliau bersama-sama Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Sesi Temu Mesra Perniagaan dengan tiga peneraju industri Vietnam di Hanoi pada Ahad.

Mohamed Azmin berkata, perdagangan akan menjadi lebih lancar manakala gangguan terhadap rantaian bekalan dikurangkan.

“Ini ditambah pula dengan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang akan dikuatkuasakan. Saya juga amat menggalakkan komuniti perniagaan di sini (Vietnam) supaya memanfaatkan peluang akses pasaran diperluas yang ditawarkan kerana ia juga akan menyediakan penyumberan bahan mentah dalam rantau ini pada kos yang kompetitif selain memperkukuh lagi penyepaduan rantaian bekalan,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sesi itu mewujudkan pertukaran pandangan yang sangat baik dengan mendengar perspektif jujur dan berterus terang selain terdapat merit dalam beberapa cadangan membina yang akan diteliti oleh MITI.

“Perniagaan Vietnam gembira susulan sempadan antarabangsa antara Vietnam dan Malaysia dibuka semula, kerana ini akan membantu mempercepat pemulihan ekonomi dan menautkan kembali hubungan antara warga selepas dua tahun ia ditutup.

“Bual bicara itu tertumpu kepada sektor pembinaan, penerbangan dan automotif yang disokong oleh tarikan yang dimiliki kedua-dua negara antara satu sama lain, daripada perdagangan dan pelaburan sehingga kepada pelancongan dan pertukaran budaya,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, sudah pasti yang perlu diberi perhatian adalah banyak syarikat Vietnam, termasuk ketiga-tiga syarikat peneraju itu, menggaji sejumlah besar rakyat Malaysia di peringkat kakitangan dan pengurusan, dengan kebanyakan rakyat Malaysia menganggap Vietnam sebagai rumah kedua mereka.

“Amat menarik apabila mendengar GAMI Group berminat untuk meneruskan kerjasama dengan syarikat Malaysia dalam projek kenderaan elektrik (EV) di samping VietJet bersedia untuk terbang ke Kuala Lumpur, malah akan menyambung semula perkhidmatan bagi laluan mereka antara Vietnam dan Malaysia mulai 1 April, 2022.

“Hoa Binh Construction Group, pula khususnya, sangat menyokong dan menerima untuk menerapkan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam operasi perniagaan dan rancangan pembangunan hartanah mereka,” katanya.

Beliau berkata, hubungan tersebut amat menepati Aspirasi Pelaburan Nasional Malaysia yang meletakkan ESG sebagai antara tonggak terasnya.

Sesi perniagaan itu turut menekankan kepentingan bukan sahaja untuk mengekalkan malah mempertingkatkan hubungan perdagangan dengan Vietnam tetapi mengambil kira potensi besar yang menanti untuk dimanfaatkan, serta hubungan sosial dan budaya yang lebih erat boleh dijalinkan. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Touch ‘n Go eWallet, Dotlines transaksi tanpa tunai bagi pekerja asing
Next: Malaysia jangka jana RM32 juta melalui Expo 2020 Dubai

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.