MBSB BANK tawar Edufin-i – Sinar Harian

MBSB BANK tawar Edufin-i – Sinar Harian

MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) kini menawarkan produk pembiayaan pendidikan yang dinamakan Pembiayaan Pendidikan-i MBSB Bank (EduFin-i).

MBSB dalam satu kenyataan berkata, sebagai salah satu pilihan sokongan kewangan kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“EduFin-i berasaskan konsep Murabahah Komoditi memiliki cadangan penjualan unik (USP) yang menarik seperti tempoh pembiayaan maksimum sehingga 25 tahun dan jumlah pembiayaan sehingga RM500,000 dengan margin sehingga 95 peratus daripada jumlah yuran pengajian.

“EduFin-i juga membenarkan pemohon bersama yang boleh dipohon oleh dua ahli keluarga terdekat. EduFin-i juga dilengkapi dengan perlindungan Takaful dan ansuran penuh yang hanya bermula selepas tamat tempoh pengajian,” jelas kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, masyarakat yang berpendidikan mewujudkan tenaga kerja mahir dan cekap yang penting untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Menurut Nor Azam, pendidikan bukan sahaja memainkan peranan asas dalam membentuk keperibadian seseorang, malah meningkatkan kemahiran dan memupuk nilai murni.

“Pendidikan juga boleh membebaskan individu dan keluarga mereka daripada kemiskinan, membuka pintu kepada peluang pekerjaan yang lebih baik serta peningkatan taraf hidup.”

“Kami yakin pelancaran EduFin-i akan diterima baik oleh kumpulan sasar kerana ia meringankan komitmen kewangan yang perlu ditanggung apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi,” kata Nor Azam.

Beliau berkata, proses permohonan efisien dan pengeluaran yang cepat untuk menyediakan sokongan kewangan tepat pada masanya akan membolehkan para pelajar menumpukan perhatian kepada program pendidikan yang diingini tanpa sebarang penangguhan.

Pada Khamis, majlis pelancaran EduFin-i yang diadakan di Menara MBSB Bank di PJ Sentral.

Turut hadir ialah wakil utama dari Management Science University (MSU), MAHSA University, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed), International Medical Universiti, Brickfields Asia College (BAC), ADMAL Aviation College, BATS Aviation.

Selain itu, turut hadir ialah wakil Malaysia Airlines Engineering Academy, Aero Malaysian Engineering Centre (AMEC), Malaysian Flying Academy, Layang Layang Academy, UTMSPACE, KLIA College, KPJ College, Penang Dental College dan lain-lain lagi.

Sementara itu, organisasi lain yang turut hadir termasuk Yayasan Angkasa, Global-i Exceed Management Sdn. Bhd. dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai EduFin-i oleh MBSB Bank dengan melayari www.mbsbbank.com dan boleh memohon di semua cawangan MBSB Bank di seluruh negara.

Sumber