Manulife Malaysia jadikan pemilikan insurans lebih mudah

Manulife Malaysia jadikan pemilikan insurans lebih mudah

SHAH ALAM – Manulife Malaysia komited menjadikan pemilikan insurans di negara ini lebih mudah dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Malaysia yang tidak diinsuranskan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Manulife Malaysia,Vibha Coburn, berkata, kaji selidik terbaharu Manulife Asia Care Survey 2023 menunjukkan rakyat Malaysia menyedari kepentingan mempunyai pelan kewangan agar mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan dan insurans memainkan peranan penting.

Menurutnya, 96 peratus rakyat Malaysia yang terlibat dengan kajian tersebut mempunyai kebimbangan berkaitan kesihatan, terutamanya berkaitan kos rawatan dan kemungkinan kehilangan pendapatan kerana sakit.

“Ia juga menunjukkan bahawa responden memandang baik insurans dengan 76 peratus berhasrat untuk membelinya pada tahun akan datang.

“Mereka yang merancang untuk membeli insurans sedang mempertimbangkan kehidupan dan kemasukan ke hospital (kedua-duanya 29 peratus), diikuti oleh kemalangan (27 peratus), penyakit kritikal (25 peratus) dan kesihatan (24 peratus).

“Kaji selidik itu menggambarkan ketidak tentuan dan kebimbangan selepas Covid-19 tentang masa depan, tetapi ia meyakinkan bahawa majoriti jelas rakyat Malaysia dapat melihat kepentingan perancangan kewangan dan peranan yang dimainkan oleh insurans di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Coburn, walaupun responden mengatakan bahawa menyimpan untuk persaraan adalah matlamat kewangan kedua tertinggi mereka, hampir dua pertiga daripada mereka iaitu 62 peratus tidak mempunyai pelan persaraan yang disediakan.

“Ini membimbangkan kerana purata jangka hayat adalah 76 tahun dan umur persaraan rasmi ialah 60 tahun. Bantuan masih diperlukan untuk meluaskan kesedaran insurans bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

“Adalah penting untuk diingat bahawa kos premium insurans jauh lebih rendah daripada kos rawatan penyakit kritikal,” katanya.

Justeru jelas beliau, apa yang diperlukan sekarang ialah mengurangkan bilangan orang yang tidak diinsuranskan di Malaysia.

“Di Manulife, kami sedang melihat bagaimana kami boleh menjadikannya lebih mudah untuk mempelajari dan membeli polisi insurans.

“Sebagai contoh, kami mempunyai Pek Manulife Essential – pelan komprehensif dan lengkap yang sesuai untuk mereka yang baru memulakan perjalanan insurans mereka,”katanya.

-END-

Sumber