Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia, Thailand tingkat kerjasama pacu pemulihan ekonomi
  • ACTIVITY

Malaysia, Thailand tingkat kerjasama pacu pemulihan ekonomi

Helmi Aziz April 24, 2022 3 minutes read
1674682.jpg

MALAYSIA dan Thailand komited untuk mengukuhkan kerjasama mereka berkaitan perdagangan, pelaburan dan pelancongan untuk memacu pemulihan ekonomi pasca Covid-19 di kedua-dua negara, dalam persekitaran konflik Rusia-Ukraine yang berterusan dan tekanan inflasi global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menjejaskan pemulihan ekonomi Malaysia dan Thailand pasca Covid-19 berikutan ia telah menyebabkan lonjakan harga pelbagai komoditi, terutamanya minyak, gas dan bijirin.

Katanya, Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan global tahunannya untuk 2022 daripada 4.1 peratus kepada 3.2 peratus manakala Tabung Kewangan Antarabangsa turut menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia daripada 4.4 peratus kepada 3.6 peratus pada tahun ini.

Beliau berkata, inflasi Amerika Syarikat meningkat kepada 8.5 peratus pada Mac manakala inflasi tahunan kawasan Euro turut mencecah satu lagi paras tertinggi sebanyak 7.5 peratus dalam tempoh sama berikutan perang di Ukraine.

“Persekitaran global terus amat mencabar, mewujudkan kebimbangan bahawa inflasi yang lebih tinggi akan merebak ke negara lain, memberi tekanan kepada bajet dari segi subsidi.

“Dalam konteks Malaysia dan Thailand, kita perlu meningkatkan perdagangan dan pelancongan (kerjasama).

“Pelancongan adalah perniagaan yang besar; jika sektor pelancongan pulih dengan lebih cepat, ia akan membantu memudahkan pertumbuhan ekonomi,” katanya kepada Bernama dalam lawatan kerja selama dua hari ke Bangkok, Thailand yang berakhir pada Sabtu.

Pada Jumaat, Mustapa bertemu dengan Menteri Kewangan Thailand Arkhom Termpittayapaisith dan Setiausaha Agung Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Danucha Pichayanan untuk membincangkan pembangunan ekonomi pasca Covid-19 dan projek infrastruktur di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Dalam perkembangan lain, Mustapa menyambut baik langkah Thailand membatalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi mulai 1 Mei, dan menyatakan bahawa Malaysia akan turut mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard yang seterusnya tidak lama lagi.

“Sekatan perjalanan yang dilonggarkan akan meningkatkan aliran pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi, tetapi ia akan mengambil sedikit masa untuk kembali kepada tahap sebelum Covid-19,” katanya.

Menurut Tourism Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia, Malaysia menerima 1,884,306 pengunjung dari Thailand pada 2019, tetapi jumlah tersebut merosot kepada 394,413 pada 2020 dan malah, terus jatuh kepada 59,607 pada 2021.

Mustapa berkata, Thailand merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di dunia dan kedua terbesar di ASEAN, dengan nilai dagangan sebanyak RM98 bilion pada 2021 manakala Malaysia adalah rakan dagang keempat terbesar Thailand di dunia.

Dalam lawatannya, Mustapa dibawa melawat ke TRUE Digital Park, hab teknologi dan permulaan terbesar di Asia Tenggara di Phra Khanong, Bangkok.

Beliau turut bertemu dengan Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC) serta wakil daripada CIMB Thailand dan Charoen Pokphand Group Company Ltd.

Setakat ini, terdapat 1,000 syarikat Malaysia beroperasi dalam pelbagai sektor, termasuk pembuatan, perbankan, penerbangan dan perkhidmatan lain di Thailand.

Dari 2017 hingga 2021, pelaburan syarikat Malaysia di Thailand berjumlah RM4.94 bilion manakala pelaburan syarikat Thailand di Malaysia berjumlah RM2.19 bilion.

Pemain utama termasuklah CIMB, AirAsia, Petronas, RHB Bank, AAPICO Hitech Plc and Subsidiaries, Charoen Pokphand (CP) Malaysia, Kemaman Oil Corporation Sdn Bhd, Energy Oleochemicals dan Bintulu Fertilizer.

Pada Februari, Malaysia dan Thailand mengesahkan komitmen mereka untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala; bekerjasama rapat untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2025. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pemimpin bersujud, satukan rakyat
Next: Selangor sokong penganjuran kempen #QuranHour

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.