Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia mampu capai pendapatan e-dagang lebih 1 trilion tahun ini: MDEC
  • ACTIVITY

Malaysia mampu capai pendapatan e-dagang lebih 1 trilion tahun ini: MDEC

Helmi Aziz April 7, 2022 2 minutes read
1654267.jpg

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi dijangka mampu mencapai pendapatan e-dagang melepasi paras RM1 trilion tahun ini, selepas merekodkan pendapatan RM1.1 trilion pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Mahadhir Aziz berkata, sasaran itu selaras dengan aspirasi negara yang menyasarkan saiz pasaran e-dagang bernilai RM1.65 trilion menjelang 2025.

“Berdasarkan data yang kami ada dan juga trend, kami yakin ia (pendapatan e-dagang) lebih daripada RM1 trilion (tahun ini). Kita boleh sandarkan sedikit data itu berdasarkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini yang menyebabkan perniagaan (e-dagang) melonjak.

“Tetapi, momentum itu sudah ada dan sebab itu penting untuk kita bawa lebih banyak program baharu yang lebih meluas dan meliputi segala aspek seperti demografik dan lain-lain,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran ‘#JomCelikDigital Dengan Meta’ melalui aplikasi Zoom hari ini.

Pada 9 Februari lepas, Jabatan Perangkaan dalam kenyataan memaklumkan prestasi keseluruhan pendapatan e-dagang negara pada 2021 merekodkan RM1.1 trilion, meningkat 21.8 peratus berbanding pada 2020.

Mengenai #JomCelikDigital Dengan Meta, ia adalah inisiatif peningkatan kemahiran digital hasil kerjasama Meta Malaysia dan MDEC untuk membantu rakyat Malaysia serta perniagaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, sekali gus meningkatkan dan merangsang daya tahan ekonomi digital negara.

Pada majlis yang sama, Pengarah Negara Meta Malaysia Nicole Tan semasa ucapannya berkata inisiatif itu akan memperkenalkan empat program peningkatan kemahiran digital iaitu ‘Meta Boost’, ‘Pasar Whatsapp’, ‘Instagram Academy’, dan ‘Facebook Blueprint Higher Education Program’.

“Meta Boost menawarkan bengkel pendidikan percuma untuk memperkasakan lebih daripada 1,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara yang paling terjejas akibat pandemik, manakala Pasar Whatsapp bertujuan memperkenalkan golongan itu kepada pelbagai ciri aplikasi WhatsApp Business untuk mendigitalkan perniagaan.

“Instagram Academy pula memberi peralatan Instagram dan bahan pendidikan kepada usahawan dan PKS untuk berhubung dengan pelanggan dan komuniti yang menghasilkan penglibatan lebih tinggi seperti penghasilan video pendek atau ‘Reels’.

“Facebook Blueprint Higher Education Program bertujuan untuk melengkapkan pelajar

dengan kemahiran pemasaran digital dunia sebenar serta menyokong pendidik dalam

pemupukan bakat yang mahir digital,” katanya.

#JomCelikDigital Dengan Meta akan dilaksanakan secara berfasa bermula 14 April ini dan peserta boleh melayari https://jomcelikdigitaldenganmeta.splashthat.com/ untuk maklumat lanjut. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Takaful Ikhlas, Andalusia jalin kerjasama strategik
Next: Celcom-Heitech bekerjasama lengkapkan ambulans pintar

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.