Malaysia-China kerjasama hasil produk sawit, libat FDI RM6 bilion

Malaysia-China kerjasama hasil produk sawit, libat FDI RM6 bilion

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat milik kerajaan China akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat Malaysia dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengeluarkan produk sawit di Malaysia melibatkan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM6 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, produk sawit itu ialah minyak sayuran rawatan hidro (HVO) dan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Beliau berkata, syarikat dari China ialah Shanxi Construction Investment Group Co Ltd (SCIG) dan Institute of Coal Chemistry, Chinese Academy of Sciences (ICC-CAS) manakala syarikat Malaysia terdiri daripada Pengerang Maritime Industries Sdn Bhd (Benalec) serta Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC).

“Usaha sama ini bakal menawarkan 1,000 peluang pekerjaan,” katanya semasa berucap merasmikan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, pembinaan kilang HVO dan SAF pertama di Malaysia ini merupakan antara inisiatif untuk memacu sektor sawit Malaysia ke arah industri berteknologi dan bernilai tinggi. – Bernama

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber