Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia antara 5 negara tertinggi punyai e-mel berniat jahat
  • ACTIVITY

Malaysia antara 5 negara tertinggi punyai e-mel berniat jahat

Helmi Aziz September 2, 2022 2 minutes read
1887469.jpg
Rantau APAC mempunyai hampir 60 peratus daripada populasi dunia.

Rantau APAC mempunyai hampir 60 peratus daripada populasi dunia.

LEBIH separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.

Setakat pertengahan Ogos 2022, Malaysia adalah antara lima negara teratas di APAC termasuk Vietnam, Jepun, Indonesia dan Taiwan yang mengumpul 61.1 peratus daripada jumlah e-mel berniat jahat (e-mel hasad) yang dikesan oleh Kaspersky Mail Antivirus.

Vietnam mendahului senarai e-mel spam paling banyak dikesan dengan jumlah 3.09 juta e-mel diikuti oleh Malaysia (2.36 juta), Jepun (1.86 juta), Indonesia (1.80 juta) dan Taiwan (1.45 juta).

Penyelidik Keselamatan Kanan Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky (GReAT), Noushin Shabab berkata, rantau APAC menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah e-mel hasad global yang dikesan tahun ini.

“Rantau APAC mempunyai hampir 60 peratus daripada populasi dunia. Ini bermakna terdapat lebih ramai berpotensi menjadi mangsa ‘scammer’ (sindiket penipuan) di rantau ini berbanding rantau lain di dunia,” katanya ketika menyampaikan pembentangan pada ‘8th APAC Cyber Security Weekend Kaspersky’ di sini hari ini.

“Penggunaan meluas perkhidmatan dalam talian seperti membeli-belah dalam talian dan platform dalam talian untuk aktiviti seharian juga menjadikan individu lebih terdedah untuk menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Noushin berkata, terdapat tiga faktor utama populasi, penggunaan e-perkhidmatan yang tinggi dan sekatan perjalanan akibat pandemik, ia menyebabkan sebahagian besar e-mel spam mensasarkan negara-negara APAC.

“Ia juga adalah kesan daripada tempoh pandemik berpanjangan yang menyebabkan sekatan perjalanan dan bekerja dari rumah memerlukan orang ramai membawa komputer pejabat mereka ke rumah. Rangkaian di rumah pada kelazimannya kurang dilindungi daripada serangan siber,” katanya.

Noushin menyatakan bahawa bilangan mel spam berniat jahat yang dikesan oleh penyelesaian Kaspersky telah menyaksikan penurunan secara beransur-ansur selepas kemuncaknya pada 2019.

“E-mel berniat jahat ini kebanyakannya dihantar oleh penjenayah siber dalam bentuk e-mel dengan jumlah tinggi untuk mencapai lebih ramai pengguna dengan niat meraih keuntungan kewangan bagi penyerang (sindiket penipuan).

“Pemantauan berterusan kami terhadap ancaman siber semasa dan baharu ini yang beroperasi di negara-negara APAC menunjukkan bahawa majoriti pelaku ancaman ini menggunakan ‘phising’ (memancing data bersasar) yang bernama ‘spear phising’ (pancing data serampang) untuk menceroboh sistem sebuah organisasi,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pulau Gaya destinasi ke-3 kempen imunisasi polio
Next: PELANCARAN BUKU INTERAKTIF OHSEM! AR JOM SOLAT!

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.