Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia anjur ‘Taste of Malaysia’ usaha tembusi pasaran Thailand
  • ACTIVITY

Malaysia anjur ‘Taste of Malaysia’ usaha tembusi pasaran Thailand

Helmi Aziz April 21, 2022 2 minutes read
1671279.jpg

KEDUTAAN Malaysia di Bangkok kini giat mempromosikan produk Malaysia menerusi kempen ‘Taste of Malaysia’ dan menyasar untuk menembusi pasaran Thailand.

Menerusi kerjasama pihak kedutaan melalui Pejabat Penasihat Pertanian, serta gedung runcit Lee Wiwat Store di Songkhla dan Wang Mart Co sebagai pengedar, kempen promosi dalam pasar raya itu mengetengahkan pelbagai produk Malaysia termasuk makanan sejuk beku, snek dan minuman mulai 16 hingga 24 April.

Duta Malaysia di Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, Lee Wiwat Store merupakan platform dan peluang yang baik untuk produk Malaysia menembusi pasaran Thailand memandangkan ia mempunyai 12 cawangan di Songkhla, samping mengukuhkan lagi perdagangan sempadan antara Malaysia dan Thailand.

“Kita merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk Malaysia di Thailand.

“Bagaimanapun, kebolehterimaan pengguna merupakan antara cabaran utama. Syarikat perlulah yang sudah lama bertapak dan mantap untuk memperoleh penerimaan pengguna. Justeru, untuk menembusi pasaran di sini, usaha itu mengambil masa yang panjang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Pejabat Penasihat Pertanian di Bangkok giat melakukan pelbagai kempen untuk menembusi pasaran Thailand.

Susulan kelonggaran sekatan Covid-19 bagi acara fizikal, lebih banyak program promosi produk makanan Malaysia akan diadakan tahun ini untuk memastikan jenama Malaysia kekal relevan dan mencatatkan permintaan tinggi dalam pasaran Thailand.

Sementara itu, Kaunselor di Pejabat Penasihat Pertanian di Bangkok, Hairuddin Maslan berkata, setakat ini terdapat 30 unit penyimpanan stok (SKU) tersenarai di Lee Wiwat Store.

“Pejabat Penasihat Pertanian Bangkok akan bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) seperti FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) serta agensi lain seperti MATRADE bagi mengenal pasti produk usahawan Malaysia yang berpotensi untuk dipasarkan di Lee Wiwat Store ke arah mencapai sasaran 50 SKU bagi 2022,” katanya.

Thailand merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di dunia dan kedua terbesar di ASEAN dengan nilai RM98 bilion pada 2021.

Aktiviti ekonomi di kawasan sempadan menyumbang 50 peratus kepada jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Thailand baru-baru ini, kedua-dua negara menyatakan komitmen bagi mengukuhkan kerjasama perdagangan antara Malaysia dan Thailand untuk merekodkan AS$30 bilion menjelang 2025.- Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Empat lokasi World #QuranHour 2022 di Terengganu
Next: AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke, dari Korea Selatan, India

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.