Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia Airlines beri pelajar diskaun tambang sehingga 35 peratus
  • ACTIVITY

Malaysia Airlines beri pelajar diskaun tambang sehingga 35 peratus

Helmi Aziz April 25, 2022 2 minutes read
1675750.jpg

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 35 peratus kepada pelajar yang layak untuk pulang ke kampung bersempena sambutan hari raya melalui program perjalanan MHexplorer.

Dalam kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata, promosi tersebut sah bagi perjalanan sehingga 30 Jun 2022.

“Untuk menikmati tawaran masa terhad ini, pelajar perlu mendaftar sebagai ahli MHexplorer dan menikmati tambahan diskaun lima peratus secara serta-merta daripada diskaun sedia ada (sehingga 30 peratus) bagi tambang penerbangan untuk perjalanan sehingga 30 Jun,” katanya.

Menurut kenyataan itu, melalui MHexplorer, pelajar berusia antara 18 dan 26 tahun akan menikmati pelbagai manfaat perjalanan bagi tempoh sepanjang tahun.

Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram (kg), satu perubahan tarikh perjalanan secara percuma dan diskaun 20 peratus bagi kargo udara Firefly serta diskaun ‘keluarga dan rakan-rakan’.

Sementara itu, cabang operasi pelancongan syarikat penerbangan itu, MHholidays turut menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk penerbangan dan pakej hotel, bermula daripada RM359 bagi penginapan selama tiga hari dua malam untuk destinasi domestik yang boleh ditempah mulai esok.

Tawaran itu sah sehingga 10 Mei 2022.

“Pelanggan MHholidays antaranya boleh menikmati nilai hebat seperti elaun bagasi sebanyak 35 kg, makanan percuma dalam pesawat dan pilihan tempat duduk percuma,” menurut kenyataan itu. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Sertai World #QuranHour di TV Alhijrah
Next: Kerajaan perhalusi cadangan NCCIM perkasa pelaburan langsung domestik

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.