Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Lynas sedia peruntukan pelaburan bagi operasi di Malaysia
  • ACTIVITY

Lynas sedia peruntukan pelaburan bagi operasi di Malaysia

Helmi Aziz June 27, 2019 2 minutes read
371253.jpg

KUALA LUMPUR – Lynas Corporation yang memperoleh lanjutan tempoh perjanjian pinjamannya bagi 10 tahun lagi daripada rakan jangka panjang Japan Australia Rare Earths BV (JARE), akan menyediakan peruntukan tertentu untuk pelaburan seterusnya dalam pemprosesan hiliran di Lynas Malaysia.

Ia juga akan menyaksikan pemindahan proses peringkat pertama — perekahan dan larut-lesap — dari Malaysia ke Australia Barat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Apabila kilang perekahan dan larut lesap baharu itu beroperasi, bahan dihantar ke Malaysia untuk pemprosesan tidak akan termasuk bahan radioaktif semula jadi.

“Perjanjian itu membolehkan kami membiayai pelaburan seterusnya dalam pemprosesan hiliran di Lynas Malaysia dan menempatkan semula proses peringkat pertama kami di Australia.

“Jepun merupakan rakan yang amat penting kepada Lynas. Sejak 2011, kami menjalinkan hubungan kukuh dengan pelanggan Jepun dan produk yang kami hasilkan di Malaysia telah menyokong perkembangan industri pemprosesan nadir bumi Jepun,” katanya Pengarah Urusan dan Naib Presiden Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad dalam kenyataan.

JARE merupakan syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh Japan Oil, Gas and Metals National Corporation (JOGMEC) dan Sojitz Corporation, sebuah firma perdagangan terkemuka Jepun serta rakan kongsi pengedaran eksklusif Lynas di negara maju itu.

JOGMEC pula adalah firma milik kerajaan Jepun.

Mashal berkata mengikut perjanjian itu, Lynas Malaysia akan terus bekerjasama untuk membangunkan rantaian bekalan kukuh bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Nadir bumi juga menjadi keperluan bagi industri elektronik dan industri automotif yang semakin berkembang di Malaysia.

“Sebagai pengeluar produk nadir bumi kedua terbesar di dunia, Lynas boleh mendorong untuk menarik pelaburan seterusnya dalam rantaian bekalan hiliran di Malaysia, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai hab pembuatan produk daripada nadir bumi,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mewah, sporty, mempesona
Next: Wakaf mendekatkan diri dengan ALLAH

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.