Legasi Beetle berakhir selepas 80 tahun

Legasi Beetle berakhir selepas 80 tahun

  • July 11, 2019
  • 0 comments

SYARIKAT pengeluar kereta Jerman, Volkswagen (VW) melancarkan Beetle terakhir selepas gagal mengikut perubahan cita rasa pengguna yang lebih terarah kepada kenderaan utiliti sukan (SUV).

Unit terakhir kenderaan retro kompak itu diraikan di kilang VW di Mexico, lebih 80 tahun selepas model tersebut diperkenalkan di Jerman.

Ketua Eksekutif Volkswagen Mexico, Steffen Reiche berkata, kilang Puebla yang menghasilkan VW SUV Tiguan akan mula mengeluarkan SUV Tarek bagi menggantikan Beetle bermula hujung tahun 2020.

“Hari ini adalah hari terakhir. Ia sangat beremosi,” katanya.

Menurutnya lagi, Beetle terakhir akan dijual di Amazon.com, langkah yang menjadi simbol masa depan syarikat itu.

Difahamkan, kenderaan lebih besar adalah lebih popular di Amerika Syarikat (AS), pasaran utama eksport untuk kilang Mexico.

Reka bentuk terkini merupakan versi ketiga Beetle selepas dua pembatalan dan penambahbaikan terhadap model tersebut.

Bug nama gelaran bagi Beetle dihasilkan pada tahun 1938 sebagai kenderaan mampu milik dan ia dibenarkan Adolf Hitler bagi menggalakkkan pemilikan kereta di kalangan rakyat Jerman.

Dengan reka bentuk yang ranggi dan harga mampu milik, Beetle menjadi kisah kejayaan selama beberapa dekad dan merupakan salah satu model terlaris sepanjang zaman selain import terlaris di AS pada 1960-an.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu jualan Beetle semakin menurun dan VW mengumumkan untuk menghentikan pengeluaran model itu September lalu. – Reuters



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge