Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Lakukan ziarah pada waktu dianjurkan Islam
  • ATTRACTION

Lakukan ziarah pada waktu dianjurkan Islam

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
148474.jpg

AMALAN berziarah sememangnya menjadi budaya masyarakat Muslim menjelang perayaan atau hari-hari tertentu.

Amalan ini selari dengan anjuran agama berdasarkan firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih taqwanya. ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti.” (Surah al-Hujurat:13)

Bagaimanapun, berziarah itu ada adabnya. Ukhuwah, silaturahim, kelakuan dan akhlak ketika menjadi tetamu perlu dipelihara. Berikut, waktu-waktu yang dilarang dan dibenarkan.

WAKTU DILARANG

Mungkin ramai yang beranggapan ia perkara kecil. Namun, ia merupakan satu penghormatan kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan ke rumahnya. Bahkan, Rasulullah SAW juga melaksanakannya.

Diriwayatkan daripada A’isyah RA, “Jarang sekali hari di mana Rasulullah SAW mendatangi suatu rumah kecuali baginda mengunjungi rumah Abu Bakar RA pada waktu pagi dan petang.

Dan ketika baginda telah dibolehkan untuk keluar menuju Madinah – hijrah– tidaklah suatu yang menghairankan kami, selain baginda mendatangi kami pada waktu Zuhur. Lalu Abu Bakar RA memberitahu kepada kami dan mengatakan: “Tidaklah Nabi SAW mendatangi kami pada waktu ini kecuali kerana suatu yang penting telah terjadi.” (Riwayat Bukhari: 2138)

Apa yang dibahaskan dalam hadis tersebut adalah waktu kedatangan Rasulullah SAW pada waktu siang (tengah hari). Kehairanan Abu bakar RA akan tindakan tersebut menunjukkan waktu tersebut bukanlah waktu berziarah yang menjadi amalan mereka.

Sesungguhnya kebiasaan Rasulullah SAW mengunjungi para sahabat pada waktu pagi dan petang.

Kita dilarang berkunjung pada tiga waktu berikut:

• Sebelum waktu Subuh.

• Waktu tidur siang (tengah hari).

• Selepas solat Isyak.

ALASAN:

Ketiga-tiga waktu ini merupakan masa untuk rehat bagi tuan rumah. Kebiasaannya, tuan rumah kurang bersedia menyambut mana-mana tetamu pada waktu ini kecuali dengan keizinannya. Bagaimanapun, larangan ini tidak terpakai kepada undangan perkahwinan atau majlis-majlis tertentu kerana ia atas jemputan pemilik rumah.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Proton umum tarikh pelancaran X70
Next: Melihat kembali perkembangan HIV

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.