Kontrak niaga hadapan emas dijangka didagangkan melebihi AS$2,000

Kontrak niaga hadapan emas dijangka didagangkan melebihi AS$2,000

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, didagangkan melebihi ambang AS,000 berikutan ketidaktentuan pasaran global. - Gambar hiasan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, didagangkan melebihi ambang AS,000 berikutan ketidaktentuan pasaran global. – Gambar hiasan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, didagangkan melebihi ambang AS$2,000 berikutan ketidaktentuan pasaran global, kata penganalisis., kata penganalisis.

Pengarah Urusan, SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ketegangan geopolitik yang berlanjutan di Timur Tengah dengan kemungkinan penglibatan Amerika Syarikat (AS) mungkin mempengaruhi pasaran jongkong.

“Penglibatan langsung AS cenderung memberi kesan yang lebih besar ke atas emas, sebahagiannya kerana pelabur mencari jongkong sebagai lindung nilai terakhir.

“Emas boleh bergerak lebih tinggi minggu depan jika AS terlibat secara lebih serius dalam konflik itu,” katanya kepada Bernama.

Sumber