Kolaboratif Ramci, CyberSecurity tangani kecurian identiti

Kolaboratif Ramci, CyberSecurity tangani kecurian identiti

RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama CyberSecurity Malaysia untuk bekerjasama dalam menangani masalah kecurian identiti yang semakin meluas di negara ini.

Kerjasama itu juga bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap langkah pencegahan agar tidak menjadi mangsa.Melalui kerjasama itu, RAMCI dan CyberSecurity Malaysia melancarkan kempen kesedaran orang ramai, Hentikan Kecurian Identiti bagi meletakkan semula kuasa di tangan rakyat Malaysia.

Menerusi kempen itu, orang ramai akan lebih berpengetahuan tentang kecurian identiti serta kaedah mengesan penyalahgunaan identiti dan melindungi diri daripada kecurian identiti.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dalam satu kenyataan di sini, berkata, kecurian identiti sememangnya jenayah serius.

“Jika tidak dibendung segera, ia akan memberi kesan serius terhadap seseorang individu dari segi kewangan dan kredit, malah boleh melibatkan kerugian jutaan ringgit,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif RAM Credit Information (RAMCI), Dawn Lai, pada zaman ini, kata laluan sahaja tidak mencukupi untuk melindungi maklumat peribadi.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *