Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • KLIA antara lapangan terbang terbaik dunia suku keempat 2021
  • ACTIVITY

KLIA antara lapangan terbang terbaik dunia suku keempat 2021

Helmi Aziz February 17, 2022 3 minutes read
1500826.jpg

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur International Airport (KLIA) berjaya meraih kedudukan terbaik dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) bagi suku keempat 2021 yang dijalankan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Pencapaian itu diraih bersama sembilan lapangan terbang antarabangsa lain dalam kategori lebih 40 juta penumpang setahun yang mencapai skor atau markah penuh 5.00 dalam tinjauan global tersebut, demikian menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, KLIA juga secara konsisten telah meraih skor penuh 5.00 bagi elemen ‘berasa selamat dan terjamin’ ASQ bagi 2021.

“Keadaan bertenang sebelum ini (susulan pandemik) telah membolehkan kami melaksanakan banyak penambahbaikan dan skor ASQ yang sempurna itu hanya mengesahkan lagi usaha yang dilakukan oleh keseluruhan komuniti lapangan terbang ini.

“Malah, pencapaian untuk berada dalam kelompok lapangan terbang global terbaik merupakan satu pengiktirafan untuk negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan tinjauan ASQ itu diumumkan oleh ACI baru-baru ini yang bertanggungjawab menanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kepuasan penumpang secara menyeluruh terhadap keselamatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan terminal.

Iskandar berkata, prospek industri penerbangan Malaysia juga kekal positif termasuk perkembangan pada Januari lepas melibatkan kehadiran sebuah syarikat penerbangan baharu serta penambahan beberapa laluan penerbangan baharu.

MAHB telah mengalu-alukan penerbangan sulung oleh SKS Airways di landasan pendek (STOL) Pangkor dan Redang dan kedua-dua lokasi itu menerima penerbangan harian menggunakan pesawat jenis Twin Otter dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Selain itu, empat laluan penerbangan baharu itu telah diperkenalkan oleh AirAsia pada bulan sama bagi meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.

Laluan tersebut adalah Kuching – Langkawi, Pulau Pinang – Sibu, Johor Bahru – Bintulu serta Kota Kinabalu – Kuala Terengganu.

Menurut Iskandar, oleh kerana perjalanan antarabangsa masih berdepan sekatan, prestasi aliran trafik penumpang kumpulan berkenaan dipacu oleh pergerakan domestik.

“Bagi Malaysia, aliran domestik tersebut mencatatkan sebanyak 2.5 juta penumpang pada bulan lepas iaitu 90 peratus daripada keseluruhan pergerakan penumpang di negara ini,” katanya.

Pada Januari lepas, sebanyak 8,700 pergerakan membabitkan jumlah purata penumpang harian dicatatkan — meningkat dua kali ganda berbanding November 2021 namun lebih rendah berbanding Disember 2021 dengan purata 2,000 penumpang harian.

Beliau berkata, Disember juga secara konsisten kekal sebagai bulan kemuncak dengan pergerakan penumpang tertinggi dalam setahun, prapandemik serta ketika tempoh pandemik Covid-19.

Penyambungan semula operasi jualan tiket bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin pada akhir bulan lepas serta perjalanan umrah pada 8 Februari lepas turut menjadi perkembangan positif dalam pemulihan perjalanan antarabangsa.

Pengendali lapangan terbang itu mencatatkan sejumlah 4.7 juta penumpang pada Januari 2022 bagi kedua-dua operasi di Malaysia dan Turki, penyusutan sebanyak 11 peratus berbanding bulan sebelumnya sebanyak 5.3 juta penumpang. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Movenpick tawar pengunjung rasai pengalaman 1001 bufet Ramadan
Next: Produktiviti buruh negara catat pertumbuhan positif suku keempat 2021

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.