
Pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai (tengah) bersama barisan kakitangan syarikat.
KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) membuka cawangan baharu yang ke-800 di Saujana Rawang di sini sempena sambutan ulang tahun ke-23 pasar raya berkenaan.
Sempena pembukaan cawangan baharu itu juga, KK Super Mart di Saujana Rawang turut menawarkan acara dan harga promosi menarik kepada pelanggan untuk pelbagai barangan yang terpilih.
KK Super Mart dalam satu kenyataan memaklumkan, pembukaan outlet ke-800 itu turut mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju dalam perniagaan berkonsepkan pasar raya mini.
Malah pasar raya beroperasi 24 jam itu juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain, antaranya tambah nilai kad prabayar, fotokopi dan membuat pelbagai bayaran bil seperti elektrik serta air.