Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • KeTSA berjaya tarik potensi pelaburan bernilai RM5.8 bilion
  • ACTIVITY

KeTSA berjaya tarik potensi pelaburan bernilai RM5.8 bilion

Helmi Aziz February 6, 2022 2 minutes read
1440580.jpeg

KUALA LUMPUR – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berjaya menarik potensi pelaburan dengan anggaran nilai RM5.8 bilion menerusi minggu ke-18 Ekspo 2020 Dubai di Emiriyah Arab Bersatu yang berlangsung dari 30 Januari hingga Sabtu.

KeTSA dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, daripada jumlah itu, potensi pelaburan bernilai RM4.22 bilion adalah menerusi dua Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Gading Kencana Sdn Bhd dan syarikat March Global LLC dari Arab Saudi.

“MoU ini adalah untuk pembangunan projek solar berskala besar di Timur Tengah, Afrika dan rantau Asia yang dijangka akan menjana pelaburan bernilai RM4.2 bilion.

“Manakala MoU antara syarikat Concord Renewable Energy Sdn Bhd dengan Innio Jenbacher GMBH & CO OG dari Jerman akan membekalkan teknologi serta peralatan bagi pembangunan penjanaan loji jana kuasa biogas dijangka melibatkan pelaburan bernilai RM20 juta,” menurutnya.

Selain itu, sebanyak RM1.6 bilion diperolehi melalui 57 sesi padanan perniagaan antara syarikat tempatan yang menyertai delegasi KeTSA dengan syarikat asing yang turut menghadiri ekspo tersebut.

Minggu ke-18 ekspo itu juga menyaksikan Concord Renewable Energy Sdn Bhd melancarkan Concord Biogas Cube Scrubber System yang merupakan produk bagi penjanaan tenaga daripada sumber biogas yang direka serta dihasilkan melalui inisiatif penyelidikan dan pembangunan syarikat itu, berpotensi untuk diperluaskan ke negara-negara lain.

Minggu ke-18 Ekspo 2020 Dubai bertemakan ‘Tenaga Lestari dan Sumber Semula Jadi’ turut disertai 13 lagi syarikat tempatan daripada bidang tenaga dan sumber asli. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: RM1 bilion dana BRF bantu pulihkan PKS
Next: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.