Kerjasama PEKEMA, syarikat gergasi EV China ubah landskap automotif negara

Kerjasama PEKEMA, syarikat gergasi EV China ubah landskap automotif negara

PEKEMA menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat gergasi EV di China, Dongfeng Motor Industry Imp. & Exp. Co., Ltd. (DFMIEC).

PEKEMA menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat gergasi EV di China, Dongfeng Motor Industry Imp. & Exp. Co., Ltd. (DFMIEC).

PERSATUAN Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) bakal mengubah landskap automotif di Malaysia dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat gergasi EV di China, Dongfeng Motor Industry Imp. & Exp. Co. Ltd. (DFMIEC).

MoU itu bertujuan mempercepat pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini serta untuk mendorong pembangunan ekosistem EV yang kukuh, tidak hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh Asia Tenggara.

Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden PEKEMA Malaysia, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, kerjasama antara PEKEMA dan DFMIEC yang merupakan anak syarikat kepada pengeluar kereta terkemuka di China, Dongfeng Motor Corporation (DFMC), menunjukkan kesungguhan PEKEMA dalam berkongsi dan menyelaraskan diri dengan industri automotif yang sedang berkembang.

“Kerjasama PEKEMA dengan DFMIEC, merupakan satu langkah besar dalam misi kami untuk membuka era mobiliti yang lebih mesra alam di Malaysia.

Sumber