Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Kerajaan sedia RM50 juta buat usahawan francais tahun ini
  • ACTIVITY

Kerajaan sedia RM50 juta buat usahawan francais tahun ini

Helmi Aziz March 4, 2023 2 minutes read
2114836.jpg
KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini untuk menyediakan skim pembiayaan bagi membantu usahawan francais, menurut menteri berkenaan, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, peruntukan itu meliputi Skim Pembiayaan Francaisi/Francaisor, Skim Pembiayaan Pra-Francais/ Pra-Francaisor; Skim Pembiayaan Pra-Francais (Lisensor/Lisensi), Skim Pembiayaan BIT Pra-Francaisor/Pra-Francaisi dan Skim Recurve.

“Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak RM299 juta pembiayaan francais disediakan kepada 1,859 usahawan francais melalui pelbagai skim pembiayaan.

“Sebagai agensi di bawah Kuskop, Pernas berperanan untuk pembangunan usahawan francais. Pernas juga akan memberikan pelbagai bantuan dan sokongan kepada usahawan termasuk kemudahan pembiayaan, latihan dan membuka peluang kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk meneroka bidang keusahawanan francais,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Business in Transformation Expo 2023 (BITe) di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alampada Sabtu yang turut dihadiri Timbalan Menteri, Kuskop K.Saraswathy dan Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin.

Menurutnya, penganjuran BITe 2023 yang berlangsung selama dua hari dan berakhir esok mampu menggalakkan penyertaan usahawan baharu selain membantu usahawan mikro dan kecil memperkenalkan model perniagaan dan mengembangkan jenama.

Selain itu, Ewon berkata, program Business In-Transformation (BIT) mampu membantu usahawan mikro dan kecil menjalankan perniagaan dengan lebih kompetitif serta efisien.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember 2022, Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 313 usahawan BIT berjumlah RM9.9 juta.

“Pakej pembiayaan pra-francaisi BIT juga telah ditambah baik dengan kemudahan pembiayaan sehingga RM50,000 untuk memberi peluang kepada bakal usahawan memiliki konsep perniagaan lebih baik.

“Penambahbaikan ini telah memberi peluang kepada ramai peniaga mikro dan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan penambahan outlet,” katanya.

Sementara itu, Hazimah berkata, pihaknya menyasarkan untuk membangunkan 24 pra-francaisor dan 240 pra-francaisi daripada kalangan usahawan BIT pada tahun ini dalam usaha meramaikan lagi usahawan sekali gus memperbanyakkan jenama francais tempatan.

“Apa yang membanggakan, penyertaan usahawan mikro dalam program BIT telah melahirkan seramai 1,400 pra-francaisi sekali gus mencipta lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Alkaline Ionizer Panasonic ada sijil halal
Next: Axiata Enterprise, Rakuten Symphony bawa penyelesaian Open RAN

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.