Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Kerajaan bakal wujud mekanisme biaya peralihan tenaga dengan sektor kewangan
  • ACTIVITY

Kerajaan bakal wujud mekanisme biaya peralihan tenaga dengan sektor kewangan

Helmi Aziz November 14, 2023 2 minutes read

KERAJAAN mahu bekerjasama dengan sektor kewangan untuk mewujudkan mekanisme pembiayaan peralihan tenaga bagi syarikat yang menyertai projek hijau, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Dalam melengkapkan inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), terdapat keperluan untuk mewujudkan ekosistem yang lebih menyeluruh, yang mana industri boleh menyumbang ke arah merealisasikan projek mesra alam yang lain, tidak semestinya membabitkan projek solar atau hidrogen.

“Kami sedang melihat untuk bekerjasama dengan industri perbankan serta kewangan bagi membangunkan satu lagi set atau aliran pembiayaan yang kami gelarkan pembiayaan peralihan.

“Dalam kami bercakap mengenai peralihan tenaga, terdapat banyak sektor, industri atau projek yang mungkin tidak layak untuk pembiayaan hijau. Sebagai contoh, jika anda membawa peralatan yang bertujuan meningkatkan kecekapan tenaga, secara definisi, itu bukan projek hijau,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) 2023 pada Selasa.

Acara itu dianjurkan secara bersama oleh ASLI, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Universiti Sunway.

Rafizi berkata, menerusi NETR, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion pembiayaan untuk projek peralihan tenaga, dan kementeriannya akan bekerjasama dengan institusi kewangan bagi melihat berapa banyak yang boleh diperuntukkan untuk mekanisme baharu itu.

“Saya berharap ia akan membuka saluran kepada kerajaan untuk bekerjasama dengan sektor perbankan serta kewangan dalam mengembangkan sistem yang sedia ada bagi pembiayaan hijau selain pembiayaan peralihan, yang jauh lebih besar daripada pemahaman pembiayaan mesra alam yang wujud dalam pasaran kewangan semasa.

“Di situlah pendekatan serta perspektif sedia ada mengenai pembiayaan hijau dan kelestarian kemampanan perlu diperluaskan untuk merangkumi pembiayaan peralihan,” tambahnya.

Rafizi percaya bahawa inisiatif itu akan menerima maklum balas yang positif serta didokong oleh pihak perbankan dan industri kewangan supaya pembiayaan baharu untuk peralihan tenaga ini dapat dilancarkan secepat mungkin. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous:  SLOT AKASIA KINI DENGAN  ILYS
Next: Syarikat peringkat pertengahan dijangka catat hasil eksport positif pada 2024

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”
  • Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries
  • World-Class Sound Hits Johor: Audience Lab Soundtech Secures Strategic Deal with France’s NEXO
  • Visa Perkenal Agentic Ready di Malaysia Bersama Bank Tempatan bagi Memperkasa Pembayaran Berasaskan AI

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.