Keputusan MCMC mengenai perjanjian DNB pada 29 Ogos

Keputusan MCMC mengenai perjanjian DNB pada 29 Ogos

KUALA LUMPUR, 27 Ogos -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua, kiri) melancarkan Pusat Siber Bersepadu Axiata Cyber Fusion Center (ACFC) di Ibu Pejabat Celcom hari ini.

Turut kelihatan Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Idham Nawawi (tiga, kiri).

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua, kiri) melancarkan Pusat Siber Bersepadu Axiata Cyber Fusion Center (ACFC) di Ibu Pejabat Celcom hari ini.

Turut kelihatan Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Idham Nawawi (tiga, kiri).

–fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perbincangan mengenai perjanjian kepentingan Digital Nasional Bhd (DNB) berjalan dengan baik dan akan memenuhi tarikh akhir apabila pemeteraian oleh enam syarikat telekomunikasi akan diadakan pada 31 Ogos.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mempengerusikan mesyuarat pada 29 Ogos untuk memutuskan beberapa terma.

“Saya tahu apa yang akan diputuskan oleh MCMC dan ia baik untuk semua pihak. Saya yakin semua pihak boleh terima,” katanya dalam lawatan ke Celcom Business Tech Week 2022 dan pelancaran Axiata Group Bhd Cyber Fusion Centre (ACFC) pada Sabtu. – Bernama

Sumber