Kediaman gaya hidup terkini warga kota di Curvo Residences

Kediaman gaya hidup terkini warga kota di Curvo Residences

KEDIAMAN di sekitar Kuala Lumpur kian berubah mengikut citarasa semasa. Keinginan untuk memiliki rumah selesa dan menarik telah mencetuskan trend baharu sekali gus melakar semula gaya hidup kota masa kini.

Kawasan Setapak terkenal sebagai kawasan yang gah di tengah kota metropolitan.

Malah ianya juga terletak berdekatan pusat bandar serta berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), dan Lebuhraya Genting Klang semuanya melalui kawasan ini.

Berlatarkan kehidupan moden dan kemudahan hidup kota di sinilah terdirinya sebuah projek kondominium baharu Curvo Residences oleh Sky World Development Sdn Bhd.

Projek ini yang sudah 10 peratus dalam pembinaan ini dibangunkan di atas tanah seluas 4.43 ekar di Ayer Panas, Setapak.

Curvo Development Sdn Bhd secara teliti mencipta naratif mesra alam dengan reka bentuk pintar selari dengan cita rasa pembeli rumah masa kini.

Setiap unit kediaman direka untuk meningkatkan fleksibiliti. Terdapat banyak ruang yang boleh disesuaikan untuk kegunaan bersama ahli keluarga, atau untuk kehidupan bekerjaya.

Suasana dalaman Curvo Residences yang berkonsepkan wabi-sabi Jepun dengan rekaan gabungan tona warna yang memberikan ketenangan dan keselesaan kepada penghuni rumah.

Penghuni boleh menghirup udara nyaman di tingkat atas bangunan di mana terletaknya taman dan tempat santai

Penghuni boleh menghirup udara nyaman di tingkat atas bangunan di mana terletaknya taman dan tempat santai

Bagi yang memerlukan ruang terbuka, balkoni di setiap unit pasti menjadi tempat beristirahat untuk menikmati pemandangan kemegahan kota Kuala Lumpur.

Curvo Residences menawarkan tiga jenis unit kondominium berkeluasan 952; 1,100 dan 1,345 kaki persegi dengan harga bermula RM530,000 hingga RM800,000.

Dua blok setinggi 30 tingkat dan 44 tingkat terdiri daripada 830 unit rumah turut dilengkapi 1,831 parkir manakala 57 disediakan khas untuk pelawat.

Ini bermakna setiap unit akan mendapat kemudahan dua buah parkir untuk pemilik yang mempunyai lebih dari sebuah kenderaan.

Malah, penekanan terhadap alam sekitar dan kehidupan kota tampak jelas dalam strategi rekaan Curvo Residences.

Penghuni boleh menghirup udara nyaman di tingkat atas bangunan di mana terletaknya taman dan tempat santai. Tempat barbeku pula boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti merapatkan hubungan antara penghuni, dikelilingi pemandangan yang memukau.

Selain itu terdapat beberapa kemudahan lain termasuklah kolam renang, dewan, lokasi indoor game dan juga pusat gymnasium.

Untuk maklumat lanjut skyworld.my/curvo

Sumber