Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Keadaan ekonomi terburuk negara telah berakhir: Tengku Zafrul
  • ACTIVITY

Keadaan ekonomi terburuk negara telah berakhir: Tengku Zafrul

Helmi Aziz February 11, 2022 2 minutes read
1494068.jpg

GEORGETOWN – Keadaan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dilihat akan berakhir setelah Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhan 3.1 peratus bagi tahun lalu selain pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM50 bilion, lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pertumbuhan ekonomi keseluruhan sebanyak 3.1 peratus bagi tahun 2021, sejajar dengan sasaran yang ditetapkan antara 3 dan 4 peratus.

“Ia menunjukkan ekonomi kita meningkat selain menunjukkan bahawa ia adalah tahun pemulihan bagi kita. Kita melihat keyakinan pelabur terhadap negara apabila berjaya mencatatkan RM50 bilion dalam FDI bagi tahun lalu, jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Momentum ini dijangka berterusan dan kita menjangkakan ekonomi negara akan terus berkembang antara 5.5 dan 6.5 peratus bagi tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Komtar di sini pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan beberapa pemimpin negeri lain.

Mengulas mengenai sama ada keadaan ekonomi terburuk negara telah berakhir dengan pertumbuhan ekonomi yang meningkat dan momentum FDI, beliau berkata, perkara itu dilihat optimis kerana sentimen pelabur yang menunjukkan ke arah prospek positif.

“Kita agak optimis kerana sentimen pelabur serta import dan eksport menghala ke arah prospek positif.

“Satu-satunya halangan adalah Omicron tetapi varian Covid-19 ini tidak berbahaya seperti varian Delta sebelum ini,” katanya.

Mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi terkini, beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang perubahan, ia akan diumumkan bulan hadapan.

Sementara itu, mengulas mengenai bajet tambahan yang akan dibentangkan oleh kerajaan tahun ini, Tengku Zafrul berkata, ia akan dibentangkan apabila Parlimen bersidang nanti.

“Kita belum tahu lagi saiz bajet, namun apabila Parlimen bersidang, barulah kita akan bentangkan. Fokus kita adalah untuk memastikan ekonomi pulih dan membantu golongan yang terkesan seperti mangsa banjir dan peniaga.

“Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan bantuan tambahan kepada mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini serta petani dan usahawan mikro, kecil dan sederhana,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BNM gesa ketidakpadanan bekalan, permintaan perumahan diatasi
Next: BNM akan ambil tindakan jika pemprosesan CIMB langgar peraturan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.