Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM43.53 bilion dalam sistem konvensional dan RM47.23 bilion dalam dana Islam.

Pada Selasa, bank pusat akan menjalankan satu tender pasaran wang konvensional berjumlah RM500 juta untuk lapan hari, dua tender Qard bernilai RM1.1 bilion untuk lapan hari dan RM500 juta untuk 14 hari serta satu tender repo berbalik bernilai RM1.34 bilion untuk tempoh 90 hari.

Ia juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM43.4 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM44.6 bilion. – Bernama

Sumber