Jumlah penawaran, penggunaan Malaysia naik kepada RM4.6 trilion

Jumlah penawaran, penggunaan Malaysia naik kepada RM4.6 trilion

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

JUMLAH penawaran dan penggunaan Malaysia meningkat sebanyak 13.2 peratus tahun ke tahun kepada RM4.6 trilion pada 2021 yang mencerminkan keupayaan negara dalam menghadapi cabaran ekonomi yang berterusan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan dua digit itu mencerminkan pemulihan beransur-ansur daripada pandemik Covid-19 berikutan pembukaan semula ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, sebagai rumusan bagi 2021, penawaran dan peningkatan telah didorong oleh pengeluaran domestik yang mencatat nilai RM3.61 trilion (pertumbuhan 10.6 peratus) manakala nilai import RM981.9 bilion (pertumbuhan sebanyak 25.4 peratus).

“Dari segi sumbangan, pengeluaran domestik menyumbang secara signifikan sebanyak 78.0 peratus pada 2021 sementara import dan cukai bersih ke atas produk merekodkan sumbangan masing-masing 21.2 peratus dan 0.8 peratus.

Sumber