Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Janji Selamat Sampai bersama BHPetrol
  • ACTIVITY

Janji Selamat Sampai bersama BHPetrol

Helmi Aziz January 24, 2020 2 minutes read
601429.jpg

CHERAS – BHPetrol mengadakan kempen keselamatan Janji Selamat Sampai sempena sambutan Tahun Baru Cina di stesen BHPetrol Jalan Cheras 1 & 2 berhampiran Taman Midah di sini semalam.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, BHPetrol mengambil inisiatif melaksanakan kempen keselamatan dengan kerjasama agensi kerajaan sebagai meningkatkan kesedaran kepada pelanggannya.

“Bila tiba musim perayaan, keselamatan pengguna jalan raya menjadi keutamaan. Tujuan kita adalah satu iaitu untuk selamat sampai ke destinasi dan dapat menyambut perayaan bersama keluarga.

“Kami di BHPetrol sentiasa mengingatkan pelanggan supaya berhati-hati ketika memandu dan menjaga keselamatan lebih-lebih lagi sepanjang musim perayaan,” katanya pada sambutan Tahun Baru Cina bersama BHPetrol di BHPetrol Jalan Cheras 1 & 2 di sini semalam.

Tetamu khas bergambar bersama sempena sambutan Tahun Baru Cina dan kempen keselamatan Janji Selamat Sampai BHPetrol di Stesen BHPetrol Cheras 1 & 2 semalam. - Foto: ZAHID IZZANI

Tetamu khas bergambar bersama sempena sambutan Tahun Baru Cina dan kempen keselamatan Janji Selamat Sampai BHPetrol di Stesen BHPetrol Cheras 1 & 2 semalam. – Foto: ZAHID IZZANI

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Wong Yau Duenn yang berkongsi statistik kemalangan musim perayaan dan penerangan tip keselamatan jalan raya.

Program yang diadakan secara tahunan itu diraikan bersama pelanggan, rakan perniagaan serta pengusaha stesen minyak BHPetrol Lembah Klang.

Mighty Bakery Sdn Bhd, Desa Southern Agency Sdn Bhd, Zaira Enterprise, Nestle dan Future Yusoff Enterprise merupakan antara rakan niaga yang terlibat.

Mereka yang hadir menerima beg cenderahati berisi makanan, minuman dan limau mandarin serta angpau (baucar).

Azizul Azily berkata, pelbagai program telah dijalankan melibatkan keselamatan orang ramai terutama di kawasan stesen minyak dan jalan raya.

“Antara program tahunan yang kami anjurkan ialah program kemasyarakatan berlandaskan aspek kesedaran keselamatan dinamakan Cerah Ceria yang dilaksanakan bersama sekolah terpilih.

“Ia bertujuan meluaskan kesedaran keselamatan diri ketika di atas jalan raya dalam kalangan murid sekolah.

Azizul Azily (dua dari kiri) dan Yau Duenn (dua dari kanan) menghadiahkan topi keledar baharu kepada seorang penunggang motosikal di BHPetrol Jalan Cheras 1 & 2, Kuala Lumpur. - Foto: ZAHID IZZANI

Azizul Azily (dua dari kiri) dan Yau Duenn (dua dari kanan) menghadiahkan topi keledar baharu kepada seorang penunggang motosikal di BHPetrol Jalan Cheras 1 & 2, Kuala Lumpur. – Foto: ZAHID IZZANI

“BHPetrol juga terlibat dalam program Go to Safety Point (GTSP) iaitu kerjasama dengan pihak polis menjadikan stesen minyak terpilih sebagai tempat mendapatkan bantuan awal oleh mangsa kemalangan sebelum bantuan lain tiba,” katanya.

Katanya, sebanyak 100 stesen minyak BHPetrol di seluruh negara terlibat dalam program GTSP.

“Pekerja-pekerja stesen minyak kami diberi latihan sepenuhnya untuk mengendali situasi kecemasan. Pastinya kami akan terus memberi kerjasama kepada pihak berwajib dalam memastikan misinya tercapai,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bercerai gara-gara campur tangan orang ketiga
Next: Curahkan kasih sayang kepada semua makhluk

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.