‘Ini rupanya punca kemurungan…’

‘Ini rupanya punca kemurungan…’

HIDUP di dunia ini memang tidak dapat lari daripada masalah. Bagaimanapun kita haruslah tahu kaedah menangani dan cuba mengelakkannya.

Berikut antara penyebab kemurungan perlu sentiasa kita awasi. Bukan sahaja perhatikan diri sendiri, tetapi juga orang tersayang jika terdapat tanda-tanda penyebab dan punca kemurungan ini:

• Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)

• Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya

• Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial

• Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Bagaimanapun, ia akan

beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan

• Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan

• Corak pemikiran : terdapat corak ter tentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.

• Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal.

• Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.

• Kehilangan orang yang disayangi dan

• Baru melahirkan anak

Sumber: http://www.moh.gov.my/



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *