Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Industri dron dijangka sumbang RM54.26 bilion
  • ACTIVITY

Industri dron dijangka sumbang RM54.26 bilion

Helmi Aziz September 2, 2022 2 minutes read
1887262.jpg
Mohd Shahar (kiri) menyaksikan MoU pembangunan sukan dron di Medini pada Khamis.

Mohd Shahar (kiri) menyaksikan MoU pembangunan sukan dron di Medini pada Khamis.

INDUSTRI dron negara berpotensi besar untuk berkembang dan disasar mampu menyumbang kira-kira RM54.26 bilion kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2026.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, angka itu dianggarkan 4.3 peratus iaitu RM173.46 bilion bagi pasaran global.

“Pasaran dron negara dijangka melonjak kepada RM173.46 bilion dalam tempoh empat tahun lagi. Negara perlu mengambil peluang atas perkembangan positif ini.

“Bakat anak muda tempatan dalam industri dron perlu dibangunkan supaya mereka sama taraf dengan pemain industri di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) pembangunan sukan dron di Medini pada Khamis.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah.

Iskandar Investment Berhad (IIB) melalui IIB Ventures Sdn Bhd bersama Futurise membangunkan program sukan dron melalui Akademi Kecemerlangan Sukan Dron (Aksadron), salah satu usaha membangunkan industri dron.

Kerjasama ini akan menetapkan program dan acara Aksadron ke dalam Zon Dron dan Robotik (DRZ Iskandar) yang terletak di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata, inisiatif itu diharap dapat menarik minat anak muda terhadap sukan berasaskan teknologi memandangkan mereka cenderung kepada bidang sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Saya yakin industri ini dapat berkembang dengan lebih besar melingkari industri kecil seperti penerbitan, penyiaran dan bengkel dron. Ia juga mampu meneroka industri baharu antara penghasilan dron yang lebih murah.

“Sudah pasti hab di selatan akan dikendalikan IIB, kita sudah ada hab sukan dron di Kuantan, Pahang dan telah berbincang dengan pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi potensi hab di Wilayah Utara,” ujarnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kempen tidur, kesihatan mental – Sinar Harian
Next: 10 plaza tol guna RFID

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.