Indeks Pelopor catat penurunan marginal pada Ogos

Indeks Pelopor catat penurunan marginal pada Ogos

Jabatan Perangkaan menjangkakan ekonomi Malaysia terus menyederhana disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global. - Foto Bernama

Jabatan Perangkaan menjangkakan ekonomi Malaysia terus menyederhana disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global. – Foto Bernama

INDEKS Pelopor (IP) Malaysia mencatatkan penurunan marginal sebanyak 0.5 peratus kepada 109.7 mata pada Ogos 2023 berbanding penguncupan 1.0 peratus (109.9 mata) pada Julai 2023, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Indeks Pelopor ialah alat yang digunakan untuk meramalkan arah aliran ekonomi secara purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Jabatan Perangkaan turut menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus menyederhana disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global walaupun permintaan domestik kukuh.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, empat komponen menyumbang secara positif kepada indeks tersebut iaitu bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan yang meningkat 245.7 peratus, diikuti oleh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (15.2 peratus), bilangan syarikat baharu didaftar (13.1 peratus) dan import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (3.6 peratus).

Sumber