Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Indeks Kos Bahan Binaan meningkat pada Januari 2022
  • ACTIVITY

Indeks Kos Bahan Binaan meningkat pada Januari 2022

Helmi Aziz February 10, 2022 2 minutes read
1492699.jpg

KUALA LUMPUR – Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli telah menunjukkan peningkatan bagi semua kategori bangunan antara 0.2 dan 3.9 peratus pada Januari bagi Semenanjung Malaysia.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, trend yang sama dapat dilihat bagi Sabah dan Sarawak yang masing-masing meningkat antara 0.1 dan 3.9 peratus serta 0.1 dan 3.4 peratus.

Purata harga unit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan mycon 60 high tensile deformed bars telah meningkat sebanyak 0.6 peratus berbanding 1.1 peratus pada Disember 2021.

Peningkatan besi yang tertinggi telah direkodkan di Kota Kinabalu sebanyak 2.4 peratus, diikuti Johor (1.8 peratus), Miri (1.0 peratus), Kuching (0.5 peratus) dan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (0.2 peratus).

Harga purata simen turut meningkat sebanyak 2.0 peratus pada Januari 2022.

Tawau menunjukkan berlakunya peningkatan simen dengan kenaikan sebanyak 5.6 peratus diikuti Sandakan (4.3 peratus), Miri (3.6 peratus), Kuching (3.4 peratus), Kota Kinabalu (2.7 peratus), Terengganu dan Kelantan (0.9 peratus), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka (0.6 peratus), Johor (0.3 peratus) serta Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (0.2 peratus).

Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan indeks komponen kabel tembaga naik antara 0.4 peratus dan 1.5 peratus pada Januari 2022 berbanding Disember 2021.

Berdasarkan data Harga Komoditi Bank Dunia, logam dan mineral seperti aluminium, tembaga, bijih besi dan timah menunjukkan peningkatan pada Januari 2022 berbanding bulan sebelumnya

Merujuk kepada Prospek Ekonomi Global Januari 2022 oleh Kumpulan Bank Dunia, harga timah telah mencecah paras tertinggi dan disokong oleh permintaan yang kukuh daripada sektor elektronik dan berlakunya gangguan ke atas bekalan bahan mentah.

Harga aluminium, bijih besi dan tembaga turut meningkat ekoran keputusan negara China untuk menyekat pengeluaran bahan mentah bagi mengurangkan pencemaran serta didorong oleh aktiviti yang perlahan di China.

Selepas berlakunya peningkatan yang melonjak pada 2021, harga logam dijangka perlahan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 bermula dari 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2022. Sila layari www.dosm.gov.my untuk maklumat lanjut. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pengeluaran getah asli melonjak 36.7 peratus pada Disember 2021
Next: Komuniti global perlu bantu jadikan industri minyak sawit lebih lestari

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.