RINGGIT mengalami sedikit peningkatan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, dengan kebanyakan peniaga tidak sabar-sabar menantikan imbuhan daripada Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Pada 6.02 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.7255/7310 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7335 pada penutup semalam.