Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • IHPR Malaysia naik 9.2 peratus
  • ACTIVITY

IHPR Malaysia naik 9.2 peratus

Helmi Aziz February 28, 2022 2 minutes read
1561173.jpg

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia untuk pengeluaran tempatan meningkat 9.2 peratus pada Januari 2022 berbanding penurunan 0.1 peratus direkodkan pada Januari 2021, didorong oleh harga minyak mentah dan produk minyak sawit yang lebih tinggi, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

IHPR adalah ukuran kos barangan di pintu kilang.

Dalam kenyataan pada Isnin, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dalam IHPR pengeluaran tempatan pada Januari 2022 disokong oleh indeks perlombongan yang meningkat 34.3 peratus berbanding penurunan 28.3 peratus yang direkodkan pada Januari tahun lepas.

Katanya, harga minyak mentah dan gas asli yang mencatatkan peningkatan, masing-masing dengan 33.5 peratus dan 39.0 peratus menyumbang kepada kenaikan ini.

Beliau berkata, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat sederhana 12.5 peratus berbanding kenaikan 22.6 peratus yang direkodkan pada Januari 2021.

“Indeks pembuatan turut mencatatkan kenaikan 7.0 peratus (Januari 2021: 1.1 peratus), sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan pada indeks subsektor pembuatan produk petroleum bertapis (19.2 peratus), pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan (17.0 peratus) serta pembuatan komponen dan papan elektronik (0.4 peratus),” katanya.

Pada masa sama katanya, indeks bekalan air dan bekalan elektrik serta gas, masing-masing meningkat 1.2 peratus dan 0.9 peratus.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, Mohd Uzir berkata, IHPR pengeluaran tempatan pada Januari 2022 merekodkan peningkatan 1.3 peratus setelah mencatatkan penurunan buat kali pertama dalam tempoh 14 bulan pada Disember 2021.

“Peningkatan ini disokong oleh peningkatan marginal 4.5 peratus dalam indeks pertanian, perhutanan dan perikanan, terutamanya disebabkan kenaikan harga buah tandan segar kelapa sawit yang merekodkan peningkatan 7.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata, indeks perlombongan turut mencatatkan peningkatan 3.1 peratus pada Januari 2022.

Mengenai IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan, Mohd Uzir berkata, disebabkan peningkatan harga komoditi utama, indeks bahan mentah untuk diproses selanjutnya meningkat 18.3 peratus pada Januari 2022 berbanding penurunan 3.4 peratus yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun sebelumnya.- Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Program Jualan Prihatin jelajah 64 kawasan di Selangor
Next: Bank Rakyat diiktiraf Jenama Ikonik Tahun 2022 The Brandlaureate

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.