HUAWEI lancar Mate50 rangkumi teknologi, inovasi terkini

HUAWEI lancar Mate50 rangkumi teknologi, inovasi terkini

PENERAJU telefon pintar, HUAWEI Malaysia melancarkan peranti terbaharunya sebagai tambahan kepada barisan produk siri Mate iaitu, HUAWEI Mate50 sempena ulang tahun ke-10, sejak pelancaran pertama siri Mate pada 2012.

Model tersebut didatangkan dalam tiga varian iaitu HUAWEI Mate50 iaitu (8GB RAM 256 GB ROM) berharga RM3,699, tersedia dalam pilihan warna Hitam dan Perak; HUAWEI Mate50 Pro (8 GB RAM 256 GB ROM), berharga RM4,499 dan HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather (8GB RAM 512 GB ROM), berharga RM5,299.

Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah HUAWEI, Richard Yu berkata, peranti ‘flagship’ tersebut merangkumi spesifikasi teknologi terkini dan inovasi jauh lebih berkuasa berbanding sebelum ini.

“Selepas sedekad lalu, siri Mate secara konsisten mendorong kemajuan untuk mencipta inovasi di luar jangkaan yang boleh diakses secara meluas.

“Setiap generasi baharu telefon pintar Mate telah mengumpulkan pelbagai teknologi HUAWEI yang canggih.

“Siri HUAWEI Mate50 ini meneruskan legasi yang membanggakan ini, dengan mempelopori inovasi berterusan dan memberikan nafas yang baharu kepada Siri Mate,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Model HUAWEI Mate50 dilancarkan oleh Pengarah HUAWEI Malaysia, Victor Xu dan Ketua Pegawai Eksekutif HUAWEI Malaysia, Michael Yuan.

Turut hadir ialah Pengarah Jualan Saluran Peranti HUAWEI, Eason Yong.

Dalam pada itu, Richard berkata, siri HUAWEI Mate50 itu mengandungi kamera Ultra Aperture XMAGE, mempunyai apertur fizikal boleh laras skala-10 pertama dengan keupayaan fotografi versatil yang pernah dilihat pada telefon pintar berkenaan.

HUAWEI melancarkan jenama pengimejan mudah alihnya sendiri “XMAGE” pada Julai 2022, dengan matlamat untuk menawarkan pengguna paradigma penggambaran baharu yang menggabungkan sains dengan budaya, dan estetika dengan teknologi dari segi gaya pengimejan dan pengalaman menangkap gambar.

“Smart Aperture laras secara automatik untuk untuk sepadan dengan saiz apertur melalui senario adegan dan penggambaran yang dikenal pasti dalam mod Auto.

“Alih ke mod Profesional membolehkan anda untuk melaras kedalaman dan tahap kabur secara manual,” ulasnya.

Selain itu, menurutnya, siri jenama peranti berkenaan turut dilengkapi dengan kaca ‘Kunlun Glass’, yang mampu meningkatkan ketahanan rintangan jatuh telefon sebanyak 10 kali ganda.

“Ciri-ciri mantap ini dipertingkatkan lagi oleh sistem operasi EMUI 13, yang akan diperkenalkan pada siri Mate50 untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan pintar secara lancar.

“Ciri ‘SuperHub’, misalnya, memudahkan pemindahan data dan fail yang mudah antara aplikasi dan peranti, memecahkan sebarang halangan yang memisahkan pelbagai platform berbeza antara satu sama lain,” ujarnya.

Tambahnya, siri HUAWEI Mate50 boleh dipra-tempah mulai 3 November hingga 11 November 2022 di semua ‘HUAWEI Experience Store’, laman web rasmi HUAWEI, stor rasmi HUAWEI di Shopee, HUAWEI ‘Flagship Store’ di Lazada dan rakan rasmi HUAWEI seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman serta Urban Republic.

Sumber