Huawei buka kedai flagship kedua, tawar pengalaman eksklusif

Huawei buka kedai flagship kedua, tawar pengalaman eksklusif

Victor Xu (tengah) merasmikan Pembukaan Kedai Flagship Huawei di The Exchange TRX pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Victor Xu (tengah) merasmikan Pembukaan Kedai Flagship Huawei di The Exchange TRX pada Rabu. – Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

HUAWEI Malaysia melancarkan kedai ‘flagship’ di pusat beli-belah The Exchange TRX sebagai usaha mengukuhkan asas perniagaan syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dari China itu.

Huawei Experience Store kedua itu memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman serta melihat dengan lebih dekat koleksi produk yang ditawarkan.

Pengarah Kumpulan Perniagaan Pengguna (CBG) Huawei Malaysia, Victor Xu berkata, sebagai antara pelopor kecerdasan buatan (AI), jenama itu menawarkan pelbagai inovasi terkini termasuk telefon pintar, komputer riba, peranti jalur lebar mudah alih dan banyak lagi.

“Kami sentiasa berusaha untuk memberi pengalaman terbaik dalam penyampaian teknologi terkini kepada pengguna.

Sumber