Hong Leong Bank tawar pengeluaran 25 peratus gaji pendahuluan

Hong Leong Bank tawar pengeluaran 25 peratus gaji pendahuluan

Andrew Jong bersama Richard Kim

Andrew Jong bersama Richard Kim

HONG Leong Bank Berhad (HLB) menawarkan pengeluaran 25 peratus gaji pendahuluan kepada pekerja di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan perbankan tersebut dengan hanya caj RM2 untuk setiap pengeluaran tanpa faedah atau bayaran lewat.

Inisiatif HLB Salary Advance Employer Solution dengan kerjasama Paywatch Malaysia Sdn Bhd (Paywatch) itu menjadikan bank tersebut sebagai bank pertama di Asia Tenggara untuk menyokong penyelesaian akses gaji pendapatan (EWA).

Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB, Andrew Jong berkata, selain dapat mengatasi kelemahan gaji pendahuluan yang ketika ini menggunakan kaedah pembayaran konvensional, tetapi juga meningkatkan kemahiran dan fleksibiliti kewangan.

“Kenaikan kos sara hidup dan inflasi meningkatkan tekanan kewangan terutamanya golongan berpendapatan rendah hingga menengah serta yang sudah berumahtangga.

“Justeru, dengan menawarkan akses kepada gaji mereka sendiri, penyelesaian ini dapat memanfaatkan gaji pendahuluan, meningkatkan kawalan kewangan dan cabaran jangka pendek,” kata Andrew dalam kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, penyelesaian daripada EWA membantu majikan atau perniagaan untuk menguruskan pembayaran gaji pekerja, di samping menyediakan sistem automatik yang berkesan dan berterusan.

Sementara itu Pengasas dan CEO Paywatch, Richard Kim berkata, dengan menyediakan akses masa yang tepat terhadap gaji mereka, ia bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan kewangan, malah membantu perniagaan mengekalkan bakat berharga mereka.

“Penyelesaian kami telah terbukti mengurangkan kadar perdagangan dan penjimatan tahunan syarikat melebihi RM2.1 juta dalam yuran pengambilan semula.

“Paywatch membolehkan syarikat menunjukkan komitmen mereka kepada kesejahteraan kewangan tenaga kerja selain menggalakkan pekerja lebih setia dan komited,” kata Richard.

Ujar beliau, menerusi sokongan HLB, usaha pihaknya akan lebih berkesan di samping meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja secara menyeluruh.

Bagi mengakses penyelesaian gaji pendahuluan majikan HLB, pekerja boleh mencipta akaun melalui aplikasi Paywatch serta layari http://www.hlb.com.my/salaryadvance untuk maklumat lanjut.

Sumber