Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng, berkongsi inspirasi di sebalik Hock Kee Heritage semasa majlis pembukaan dengan berkata “Hock Kee Heritage bukan sekadar sebuah restoran, tetapi destinasi yang mengajak orang ramai memperlahankan rentak kehidupan dan menghayati warisan Malaysia menerusi suasana yang elegan, hidangan eksklusif serta layanan yang mesra. Kami berharap setiap kunjungan memberikan pengalaman seolah-olah melangkah ke lembaran sejarah Malaysia yang tidak lapuk ditelan zaman.” 

Hock Kee Kopitiam terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan dan minuman tempatan menerusi pembukaan cawangan kedua Hock Kee Heritage di The Gardens Mall. Selepas kejayaan memperkenalkan konsep warisan pertamanya di Medan Pasar awal tahun ini, pembukaan baharu ini menjadi bukti komitmen jenama tersebut dalam mengangkat semula keunikan budaya kopitiam Malaysia melalui pengalaman menjamu selera yang lebih autentik dan eksklusif.

Konsep Hock Kee Heritage diinspirasikan daripada keanggunan seni bina era kolonial di Tanah Melayu yang suatu ketika dahulu menjadi simbol kemewahan dan gaya hidup masyarakat elit. Ruang restoran dihiasi dengan gerbang klasik, ukiran kekisi yang halus, jubin bercorak Peranakan, landskap hijau tropika serta halaman yang tenang, sekali gus mewujudkan suasana yang menggabungkan nostalgia sejarah dengan keselesaan moden.

Nick Ng, Pengasas Hock Kee (empat dari kanan) bersama barisan pengurusan Hock Kee Kopitiam merasmikan majlis simbolik memotong riben sempena pembukaan besar-besaran Hock Kee Heritage di The Gardens Mall.

Turut serta (dari kiri ke kanan): Jon Teoh Meng Hock, Pengurus R&D Kumpulan Hock Kee; Jamie Au, Pembangunan Perniagaan Kumpulan Hock Kee; Crystal Ng, Pemasaran & Pemasaran & Perhubungan Awam (PR) Kumpulan Hock Kee; Louise Chin, Ketua Pegawai Kewangan Berjaya Food Berhad;  Nick Ng, Pengasas Hock Kee; Sean Lee, Pengarah 1119 (TRIPLE1NINE); Jing Han, Wakil 1119 (TRIPLE1NINE); Dean Yong Wen Nan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Hock Kee;

Menurut Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng, Hock Kee Heritage bukan sekadar menawarkan hidangan, malah memberikan peluang kepada pelanggan untuk menikmati warisan Malaysia dalam suasana yang penuh nilai budaya. Berteraskan semangat muhibah, restoran ini mengalu-alukan kehadiran keluarga, rakan-rakan dan pelancong daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi pengalaman menikmati sajian tempatan di bawah satu bumbung.

Bagi melengkapkan pengalaman tersebut, Hock Kee Heritage memperkenalkan pelbagai menu eksklusif yang hanya boleh dinikmati di cawangan berkonsepkan warisan ini. Antara hidangan istimewa yang menjadi tarikan ialah Cheesy Jumbo River Prawn Bee Hoon, Herbal Chicken with Rice serta Heritage Fried Basmathi Rice with Chicken Satay. Setiap menu dihasilkan berasaskan resipi tradisional Malaysia yang diberi sentuhan moden tanpa menghilangkan keaslian rasanya.

Keistimewaan menu ini turut terletak pada penggunaan bahan-bahan berkualiti dan penyediaan secara segar mengikut pesanan pelanggan. Pendekatan tersebut mencerminkan usaha Hock Kee dalam mengekalkan cita rasa tempatan yang asli sambil memenuhi kehendak pengguna masa kini yang mencari pengalaman gastronomi yang unik dan berkualiti.

Majlis pembukaan Hock Kee Heritage di The Gardens Mall turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan pop tempatan, 1119 TRIPLE1NINE, yang mempersembahkan lagu tema rasmi Hock Kee Kopitiam berjudul KOPITIAM You & Me buat pertama kalinya secara langsung. Lagu ciptaan dan gubahan Danny Koo itu mengangkat suasana harian di kopitiam Malaysia melalui muzik yang ceria dan mudah diingati. Sejak dilancarkan, video muzik lagu tersebut telah meraih lebih 260,000 tontonan di YouTube, sekali gus membuktikan sambutan positif daripada orang ramai.

Majlis pembukaannya turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan pop tempatan, 1119 (TRIPLE1NINE), yang buat julung kalinya mempersembahkan lagu tema rasmi Hock Kee Kopitiam, “KOPITIAM You & Me”.

Kerjasama bersama 1119 TRIPLE1NINE turut memperlihatkan komitmen Hock Kee dalam menyokong industri kreatif tempatan dan mengetengahkan bakat anak Malaysia. Menerusi gabungan muzik, tarian dan elemen budaya, jenama itu berjaya memperkukuhkan identitinya sebagai sebuah kopitiam moden yang bukan sahaja menyajikan makanan, malah meraikan seni, budaya dan gaya hidup masyarakat Malaysia.

Ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 2018, Hock Kee Kopitiam kini memiliki 22 cawangan di seluruh negara dan terus berkembang sebagai antara jenama kopitiam tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Dengan pembukaan cawangan baharu di Puteri Hill, Johor Bahru yang dijadualkan dalam masa terdekat, Hock Kee dilihat bersedia memperluaskan lagi pengaruhnya sambil terus memelihara warisan kulinari Malaysia untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Para tetamu berkumpul untuk meraikan pembukaan Hock Kee Heritage, menikmati kegemaran tempatan dan suasana yang meriah.

Cawangan Kuala Lumpur & Selangor

Cawangan Johor 

Cawangan Perak

Cawangan Kelantan