YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (tengah)
menyempurnakan perasmian Heritage Valley Kuala Lumpur diiringi YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee
Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (dua dari kiri), YBhg.
Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Pengerusi UDA Holdings Berhad (dua dari kanan), YBhg. Dato’ Sri
Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad (kanan) dan YBrs. Encik Idi
Iskandar, Pengarah Urusan Luxe Acre Sdn Bhd.

Ruang bandar bukan sekadar tempat untuk berniaga, malah boleh menjadi titik pertemuan komuniti dan destinasi gaya hidup. Konsep itu dapat dilihat menerusi Heritage Valley Kuala Lumpur, hab keusahawanan dan komuniti di Jalan Doraisamy yang semakin mendapat perhatian pengunjung.

Dibangunkan di atas tapak seluas 1.71 ekar, Heritage Valley merupakan sebahagian daripada inisiatif Malaysian Entrepreneur Hub (MEH) oleh UDA Holdings Berhad (UDA).

Sepanjang Ogos 2025 hingga Ogos 2026, pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan di lokasi tersebut berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung, di samping memberi manfaat kepada lebih 526 usahawan dan vendor.

Antara acara yang dianjurkan termasuk Santai Maa, Secondlife Market, Slay Maa, Curators Lab dan Kuala Lumpur Bike Week.

Dalam tempoh yang sama, Heritage Valley mencatat jualan terkumpul melebihi RM4.6 juta, menunjukkan bagaimana aktiviti komuniti dan gaya hidup boleh membantu membuka peluang pasaran kepada usahawan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, YBhg. Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali berkata, kejayaan Heritage Valley tidak diukur menerusi pembangunan fizikal atau kadar penghunian premis semata-mata, tetapi berdasarkan keupayaannya mencipta peluang baharu, menghubungkan masyarakat dan membimbing usahawan membina perniagaan yang mampan.

Kini, sebanyak 26 usahawan beroperasi secara tetap di kiosk dan lot kedai. Heritage Valley juga bakal diperluaskan menerusi pembukaan kiosk baharu serta 14 unit pop-up store, menjadikan keseluruhan 40 lot niaga.

Perkembangan itu dijangka membuka lebih banyak ruang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengunjung.

Bagi 2026 dan seterusnya, Heritage Valley menyasarkan untuk memberi manfaat kepada lebih 700 usahawan dan vendor, selain mencapai jualan keseluruhan melebihi RM6.5 juta setahun.

YB Encik Steven Sim Chee Keong (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama barisan
tertinggi KUSKOP dan agensi-agensi di bawah KUSKOP. Dari kiri YBrs. Puan Siti Azlin Ahmad
Dauta, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia; YBrs. Encik Rizal
Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia; YBrs. Tuan Haji Rahman Mohd Din,
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), KUSKOP; YBrs. Encik Samad Majid Zain
Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Bank; YBhg. Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Pengerusi
UDA Holdings Berhad; YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee, Ketua Setiausaha KUSKOP; YBhg. Datuk
Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawan), KUSKOP;
YBhg. Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad dan YBrs.
Encik Mohamad Shiblie Abg Sapuan, Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.