HLB rangkul dua anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran 2023

HLB rangkul dua anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran 2023

HONG Leong Bank (HLB) dinobatkan Bank e-Pembayaran Terbaik dan Bank Pemeroleh e-Bayaran Terbaik di Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran (MEEA) 2023 daripada Payments Network Malaysia (PayNet).

Bank itu memaklumkan, anugerah Bank Pemeroleh e-Bayar Terbaik mengiktiraf prestasi institusi itu yang berjaya mencatat jumlah transaksi tertinggi dengan pertumbuhan sebanyak 86 peratus dari 2021 hingga 2022 menerusi rangkaian perkhidmatan menyeluruh, termasuk MyDebit, DuitNow QR, FPX, DOBW, MyDebit CNP, JomPAY, DirectDebit, RTP dan eMandate.

Sementara itu bagi anugerah Bank e-Pembayaran Terbaik, ia diraih selepas HLB berjaya mencatat pertumbuhan tertinggi jumlah transaksi digital dengan transaksi dihantar dan diterima masing-masing melonjak 24 peratus dan 47 peratus dari 2021 hingga 2022.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam berkata, berpandukan janji jenama, Built Around You (Dibina Di Sekitar Anda), bank it mengutamakan pendekatan berpusatkan pelanggan dalam mencari cara menjadikan transaksi kewangan harian yang lancar, selamat dan mudah.

“Melalui penyediaan rumusan digital yang diperibadikan, kami dapat menyokong pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam transformasi digital dan tanpa tunai seklai gus membolehkan mereka menyediakan e-pembayaran berdasarkan keperluan dan keutamaan khusus.

“Secara tidak langsungs membantu mereka melaksanakan infrastruktur perbankan digital dalam operas perniagaan. Antara contoh adalah inisiatif HLB@Kampung yang telah mengubah bandar pelancongan Sekinchan, Selangor menjadi Kampung Tanpa Tunai pertama bersama PayNet.

“Melalui program ini, kami melancarkan DuitNow QR Codes dan terminal pembayaran semua dalam satu kepada lebih 200 perniagaan tempatan, membantu mereka mengubah operasi mereka dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pembayaran digital, terutamanya daripada pelancong luar bandar,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB, Andrew Jong berkata, momentum perbankan digital yang kukuh merupakan hasil usaha menangani keperluan khusus pelanggan dengan inisiatif, penyelesaian dan perkongsian strategik yang betul.

“Apa yang mendorong pertumbuhan kami adalah kefahaman terhadap rumusan perbankan digital yang perlu ketangkasan dan dinamik, boleh disesuaikan dan sangat bermanfaat kepada individu serta perniagaan yang menggunakannya.

“Kami mengambil kira sikap pelanggan, kekerapan lawatan, pangkalan pengguna, jenis perniagaan, cara perniagaan menjalankan operasinya dan juga bahasa pilihan semasa mereka bentuk rumusan digital untuk memudahkan pelanggan,” katanya.

Sumber