Hello CBP tawar BMW, hadiah keseluruhan lebih RM1 juta

Hello CBP tawar BMW, hadiah keseluruhan lebih RM1 juta

CO-OPBANK Pertama (CBP) menawarkan hadiah utama sebuah kereta BMW 2 Series Coupe 218i kepada pelanggan bertuah menerusi Kempen Hello CBP yang berlangsung dari 1 Januari lalu hingga 31 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pelanggan yang melanggan produk seperti Pembiayaan Peribadi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Pembiayaan Ar Rahnu, Akaun Simpanan-i Salam dan juga Deposit-i Berjangka sepanjang tempoh itu layak menyertai kempen tersebut.

Khairil Anuar

Khairil Anuar

Menurutnya, hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1 juta yang ditawarkan itu adalah tertinggi pernah ditawarkan kepada pelanggan.

”CBP amat menghargai segala sokongan diberikan dan kami mengharapkan agar terus mendapat sokongan yang berterusan daripada pelanggan,” katanya ditemui pada Makan Malam CEO CBP bersama Editor dan Ketua Pengarang media di Bangunan AICB pada Rabu.

Menerusi kempen itu, pelanggan bertuah turut berpeluang memenangi hadiah sebuah motosikal BMW GS310 dan 10 pakej percutian.

Khairil Anuar berkata, dari Januari hingga kini lebih 5,000 pelanggan baharu telah melanggan produk pembiayaan di bank tersebut dan layak menyertai kempen berkenaan.

“CBP menyasarkan lebih 20,000 pelanggan baharu akan disantuni menerusi produk pembiayaan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada tahun ini,” katanya.

Katannya, CBP akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan keperluan masyarakat di negara ini.

“Tahun ini, kita menyasarkan pertumbuhan aset kepada RM9 bilion. Untuk ke arah itu, kita perlu bergerak lebih agresif dengan penumpuan kepada produk pembiayaan khususnya produk-produk runcit CBP.

Khairil Anuar (kanan) memberikan ucapan pada Makan Malam CEO CBP bersama Editor dan Ketua Pengarang media di Bangunan AICB pada Rabu.

Khairil Anuar (kanan) memberikan ucapan pada Makan Malam CEO CBP bersama Editor dan Ketua Pengarang media di Bangunan AICB pada Rabu.

“Kita juga ada perancangan untuk memperkenal pembiayaan baharu iaitu kepada bisnes-bisnes kecil selain pembiayaan kepada koperasi dan sektor korporat pada tahun ini,” katanya.

Selain itu katanya, CBP juga ke arah memperkukuh sistem dan infrastruktur bank bagi menyediakan perkhidmatan pembiayaan untuk mengembangkan ekonomi.

Pada perkembangan sama beliau berkata, CBP yang mempunyai 29 cawangan di seluruh Malaysia bakal menambah tiga lagi cawangan iaitu Sandakan, Miri dan Kuching pada tahun ini.

Ujarnya, pemilihan lokasi tersebut berdasarkan sambutan menggalakkan diterima di Sabah dan Sarawak selain potensi bisnes yang besar di sana.

Sumber