Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Harga minyak tinggi beri sokongan sementara kedudukan fiskal negara
  • ACTIVITY

Harga minyak tinggi beri sokongan sementara kedudukan fiskal negara

Helmi Aziz March 9, 2022 2 minutes read
1622381.jpg

KUALA LUMPUR – Konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine nampaknya menguntungkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport minyak bersih dan kenaikan mendadak harga minyak akan memberikan sokongan sementara untuk kedudukan fiskal negara, kata Pakar Ekonomi Negara Kanan Bank Dunia, Shakira Teh Sharifuddin.

Beliau berkata, walaupun harga minyak akan memberikan sedikit sokongan kepada Malaysia, prospek akan kekal berhati-hati kerana kemungkinan kemunculan varian Covid-19 yang baharu dan teruk.

Pada masa ini, minyak mentah Brent didagangkan pada AS$126.8 setong.

“Selain itu, kita melihat ekonomi dibuka semula. Apabila sempadan negara dibuka semula, kita akan beransur-ansur kembali ke tahap prapandemik dan ini akan memacu ekonomi ke hadapan,” katanya semasa sesi yang diadakan sempena Persidangan Prospek Malaysia 2022.

Sesi itu bertajuk Pemulihan Ekonomi dan Ketahanan di Malaysia dikendalikan oleh IDEAS.

Ketua Pegawai Strategik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nurhisyam Hussein turut bersetuju sambil berkata, walaupun Malaysia tidak mempunyai tahap pendedahan perdagangan yang tinggi dengan Rusia dan Ukraine, negara-negara bekas itu banyak terlibat dalam industri semikonduktor dan pengeluar utama komoditi seperti gandum dan logam.

Shakira turut menekankan kepentingan kerajaan untuk terus menangani isu jaringan keselamatan sosial, khususnya bagi kumpulan yang terdedah… jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, kesihatan dan pendidikan serta usaha membasmi kemiskinan.

“Kerajaan harus menyiasat isu jaringan keselamatan sosial, terutamanya berkaitan subsidi dan kawalan harga, kerana pada masa ini, 50 peratus daripada subsidi kerajaan disalurkan kepada bahan api, yang bukan subsidi yang disasarkan, mengakibatkan ketidakcekapan,” tambahnya.

Sementara itu, Nurhisyam berkata trajektori pemulihan negara berada di landasan yang betul dengan petunjuk ekonomi utama menjurus ke arah pemulihan ekonomi yang mampan.

“Bagi KWSP, kami melihat asas keahlian aktif bertambah baik dan kembali ke tahap prapandemik, yang mana 7.7 juta ahli aktif direkodkan berbanding 7.6 juta pada Disember 2020.

“Pencarum bulanan aktif meningkat kepada 5.8 juta berbanding 5.6 juta pada Disember 2020 dan trend peningkatan didapati melalui pendaftaran dan sumbangan ahli selepas pembukaan semula ekonomi,” katanya.- Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit rendah berbanding dolar AS susulan kebimbangan stagflasi
Next: Mydin Tunjong cawangan terbesar di Malaysia

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.