Haier perkenal barangan elektrik berteknologi tinggi tahun depan

Haier perkenal barangan elektrik berteknologi tinggi tahun depan


Duduk dari kiri: Aaron Chia, Fan Jing dan Soh Wooi Yik menandatangani perjanjian sebagai duta jenama Haier di Petaling Jaya pada Rabu. - Foto Sinar harian/Mohd Halim Abdul Wahid

Duduk dari kiri: Aaron Chia, Fan Jing dan Soh Wooi Yik menandatangani perjanjian sebagai duta jenama Haier di Petaling Jaya pada Rabu. – Foto Sinar harian/Mohd Halim Abdul Wahid

SYARIKAT pengeluar barangan kelengkapan elektrik, Haier Malaysia memperkenalkan beberapa siri baharu perkakas rumah berteknologi tinggi yang bakal menjadi tarikan pelanggannya bagi suku pertama tahun depan.

Pengarah Urusannya, Fan Jing berkata, syarikat itu menyasarkan kenaikan jualan sebanyak 45 peratus terhadap barangan terlibat iaitu pendingin hawa, peti sejuk dan beku, mesin basuh, televisyen, pemanas air serta perkakas dapur.

Menurut beliau, penyaman udara siri UV Cool Premium (VXA) dan UV Cool Smart (VRA) yang baharu mempunyai kemudahan wifi membolehkan pengguna mengubah suai suhu dan tetapan pilihan daripada mana-mana sahaja melalui aplikasi Haismart.

“Ia mempunyai teknologi pensterilan ultraviolet (UVC) yang menyamankan udara, menghalang pembawaan bakteria dan virus udara serta menggalakkan kehidupan lebih sihat.

Sumber