Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Haflah Al-Quran TV3 & Tonton Bersama Meraikan Keberkatan Tahun Baharu 2025
  • ACTIVITY
  • Religion

Haflah Al-Quran TV3 & Tonton Bersama Meraikan Keberkatan Tahun Baharu 2025

Helmi Aziz December 31, 2024 (Last updated: December 31, 2024) 2 minutes read
IG Feed Program_Ambang Tahun Baru copy

TV3 dengan kerjasama Al Falah Youth akan menganjurkan Majlis Haflah Al-Quran Bersama TV3 & Tonton, sebuah program istimewa yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2024 di Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya, Selangor. Majlis ini bertujuan untuk memulakan tahun baharu dengan nilai-nilai spiritual, rasa syukur, dan harapan, sambil memperkukuhkan hubungan masyarakat melalui penghayatan Al-Quran.

Haflah Al-Quran adalah sebuah acara khas untuk memperingati keagungan Al-Quran sebagai kitab suci umat Islam. Program ini menampilkan bacaan Al-Quran secara tartil oleh qari dan qariah tersohor, forum ilmiah bersama penceramah terkenal, serta persembahan qasidah yang indah oleh pelajar KAFA Al-Falah. Pengisian program ini dijangka memberikan pengalaman rohani yang mendalam kepada para hadirin.

Majlis Haflah Al-Quran akan berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam dan dipenuhi dengan pelbagai acara menarik, termasuk bacaan Al-Quran oleh Dr. Anuar Hasin, Johan Akademi Al-Quran Musim Ke-2, dan Ustaz Azraie Abdul Hak, Naib Johan Musabaqah Tilawah Antarabangsa, ceramah motivasi oleh Ustaz Izzat Fathic, persembahan Qasidah oleh pelajar KAFA Al-Falah serta forum keagamaan yang sarat dengan ilmu dan inspirasi.

Acara akan bermula dengan ketibaan tetamu pada jam 6.30 petang, diikuti Solat Maghrib pada jam 7.30 malam. Sesi kemuncak bermula pada jam 8.00 malam dengan pengisian bermakna, termasuk doa selamat untuk TV3, Palestin, dan seluruh umat Islam pada jam 9.30 malam.

Majlis ini juga menyeru umat Islam untuk bersama-sama memohon kekuatan buat mereka yang terkesan akibat bencana banjir, selain mengirimkan doa untuk saudara-saudara kita di Palestin yang terus berjuang menghadapi tekanan dan ketidakadilan.

Menurut Encik Ruzmi Kamarudin, Ketua Jabatan Pengisian Islam, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Majlis ini adalah usaha kami untuk menyatukan masyarakat melalui aktiviti spiritual yang bermakna. Kami ingin memastikan nilai keagamaan terus terpupuk dalam masyarakat sambil menyokong usaha-usaha kemanusiaan.”

TV3 dan Tonton berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin. Dengan kerjasama Media Prima, kami terus berusaha meningkatkan kesedaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima. Anda boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun berikut:

  • Bank Muamalat: 1401 0008 8447 15
  • Maybank: 5642 7651 0331

Untuk maklumat lanjut tentang program TV3, layari laman sesawang Xtra atau ikuti media sosial rasmi di Facebook, Instagram & Twitter @TV3Malaysia dan TikTok di @TV3MalaysiaOfficial

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Cinemove Club: Meriahkan Wayang Pacak dan Filem Malaysia di Unisinema@UiTM
Next: Jak zarządzać ryzykiem i maksymalizować wygrane z symbolami Scatter w „Le Zeus”

Related Stories

Documentary Poster – Madinah_The Enlightened City
  • Community
  • Digital
  • News
  • Religion

Stories by Muslim Pro Raikan Keindahan Naratif Islam Global

Helmi Aziz October 29, 2025
MoA TVAH dan Yayasan Wakaf untuk Wakaf Media (17)
  • Community
  • News
  • Religion

TV AlHijrah & Yayasan Wakaf Malaysia Jalin Kerjasama Strategik Laksana Inisiatif Wakaf Media

Helmi Aziz October 9, 2025
TVALHI_1
  • News
  • Religion

TV AlHijrah Catat Sejarah: Stesen Televisyen Pertama Malaysia Patuhi Lesen Hiburan Awam Kanak-Kanak & Belia

Helmi Aziz September 29, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.