Gintell buka kedai pameran ke-108

Gintell buka kedai pameran ke-108

PEMBEKAL produk penjagaan kesihatan, Gintell membuka kedai pameran ke-108 di pusat beli-belah AEON Metro Prima, Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan pada Rabu Gintell memaklumkan, kedai yang dirasmikan pada 21 Mei lalu menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan kesihatan termasuk kerusi urut, peralatan kecergasan dan alat urut mudah alih.

Kedai yang terletak di aras satu pusat beli-belah berkenaan memulakan operasinya pada Sabtu lalu dan majlis perasmiannya dihadiri duta Gintell iaitu Amber Chia; Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Goh Cheh Yak; Pengurus Kumpulan Gintell Rest N Go, Terrence Chang; Penolong Pengurus Kumpulan, Mac Chung dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan, Alvin Chew.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengarah Urusan AEON, Tsutomotomura dan Ketua Operasi, Pemasaran dan Pajakan AEON, Munirah Azmi.

“Gintell yang ditubuhkan pada 1996 merupakan pembekal terkemuka dalam pasaran produk penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Gintell mempunyai lebih daripada 100 cawangan di seluruh negara dan telah dianugerahkan ‘Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records tahun ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu Gintell turut memperkenalkan kerusi urut terbaharu iaitu S5 SuperChAIR yang bakal memberikan pengalaman urutan bertaraf lima bintang menerusi teknologi urutan tangan Ai-R dan Airbag Rollerball.

“Teknologi Ai-R mempunyai tiga peringkat pelarasan yang mampu memberikan lebih keselesaan dengan sentuhan urutan fleksibel.

“Ia juga dilengkapi dengan teknologi AI ViTec Hand Massage pertama di Malaysia yang memberikan urutan seperti tangan manusia dengan tujuh jenis teknik urutan VI-Tec.

“Selain itu S5 SuperChAiR mempunyai satu program unik iaitu ‘Shiatsu Stretching’ yang dicipta dan mendapat bimbingan daripada pengamal teknik baiki otot, Datuk Seri Master Chris Leong,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu Gintell turut menawarkan promosi beli satu percuma satu bagi kerusi urut S5 SuperChAiR dan S7 SuperChAiR di samping peralatan lain termasuk treadmill, basikal kecergasan dan alat urutan mudah alih.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh lawati kedai pameran Gintell berhampiran, layari laman sesawang www.gintell.com atau hubungi khidmat pelanggan di talian 03-6277 9333.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber