Giant sasar buka 50 pasar raya dalam tempoh lima tahun

Giant sasar buka 50 pasar raya dalam tempoh lima tahun

GIANT Malaysia menetapkan matlamat membuka sehingga 50 pasar raya baharu di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Giant Malaysia, Tiger Cheah berkata, pembesaran strategik itu bukti kesungguhan Giant untuk mencapai dan melayani pelanggan di seluruh negara.

Menurut beliau, pembukaan pasar raya terbaharu di Rawang, misalnya menandakan langkah pertama dalam program pembesaran dan pembukaan Giant seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai peruncit terkemuka di Malaysia.

“Kami sangat gembira untuk menyambut pelanggan ke Giant Rawang yang baru dibuka ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Cheah berkata, pasukannya juga telah bekerja tanpa henti untuk menyusun pilihan produk dan perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi pelbagai keutamaan gaya hidup di sekitar komuniti Rawang.

“Ini adalah usaha pasukan yang diselaraskan dengan sokongan kukuh dari rakan niaga kami yang tekun dan berkomitmen telah membuka jalan untuk pembesaran ini,” tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, Giant telah lama berkomitmen untuk menyediakan pelbagai pilihan dan harga terbaik kepada masyarakat setempat.

“Kami sedang memulakan perjalanan untuk mengubah landskap membeli-belah di Malaysia dengan menawarkan pengalaman lebih mendalam dan memikat pelanggan,” ujar beliau.

Menurut beliau, kejayaan Giant sentiasa bersandar pada pendekatan berorientasikan pelanggan seperti yang ditunjukkan dalam beberapa sorotan utama Giant Rawang.

Jelasnya, Giant menawarkan pilihan produk segar meliputi sayur-sayuran tempatan dan makanan laut segar setiap hari secara langsung dari ladang selain menjual ikan dengan harga kompetitif.

Selain itu, katanya, Giant juga menyediakan pilihan kepada pelanggan untuk menikmati ayam goreng Uncle Jack berharga berbaloi dan pelbagai pilihan roti segar dan pastri.

“Menu ayam goreng Uncle Jack baru dengan set hidangan dari RM9.99 dengan minuman tanpa had serta menawarkan minuman berperisa Slushy hanya pada 99 sen sahaja,” ujarnya lanjut.

Katanya, Giant juga menyediakan kelengkapan barangan runcit dan isi rumah yang pelbagai dan berkualiti termasuk barangan import premium dari Jepun, Korea, Australia, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Jelas beliau, lebih 300 pilihan produk rempah wangi, snek sedap, kacang rangup dan pelbagai jenis barang.

“Pelbagai produk snek menjadi pilihan kanak-kanak seperti biskut dan gula-gula serta pelbagai jenis buah jeruk untuk melengkapkan hidangan anda.

“Selain itu, pelbagai produk kesihatan dan kecantikan komprehensif memenuhi keperluan penjagaan diri dan kemasan anda,” jelas Cheah.

Beliau memberitahu, Giant juga menyediakan perkhidmatan beli secara borong yang menawarkan penghantaran percuma dalam radius 10 kilometer dan pelanggan boleh menghubungi meja perkhidmatan untuk membuat pesanan atau untuk memeriksa harga dan ketersediaan stok.

“Kami menyediakan kedai khas tingkat bawah yang mempunyai kedai elektrik khusus untuk menyediakan pelbagai penyelesaian peralatan rumah dengan tawaran terbaik di Rawang.

“Selain itu, kami juga menawarkan rangkaian perabot rumah lengkap dengan jenama terkemuka untuk penambahbaikan rumah.

“Ibu bapa boleh juga boleh mendapatkan keperluan bayi dan kanak-kanak dari jenama terkenal di Baby World di tingkat sama,” kata beliau.

Ujar beliau, konsep kedai di tingkat pertama mempunyai lebih daripada 90 jenama pakaian, kasut dan aksesori serta beg bagi memenuhi keperluan perjalanan dengan harga kompetitif.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik disediakan Giant Malaysia sempena pembukaan rasmi Pasar Raya Giant Rawang.

Jelas Cheah, acara itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dengan menawarkan promosi hebat selain gambaran mengenai masa depan pembelian di Malaysia bermula dari dari 15 hingga 24 September ini.

“Terdapat banyak tawaran harian menarik bermula dari serendah 10 sen dan pelanggan boleh mengikuti platform media sosial Giant untuk mendapatkan promosi terkini.

“Maklumat lanjut mengenai promosi dan kempen Giant, sila lawati laman sesawang www.giant.com.my,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kementeriannya menghargai usaha Giant dalam mendepani isu kos sara hidup rakyat dengan penganjuran beberapa kempen di bawah inisiatif Payung Rahmah pada 19 Mei lalu dan Kempen Rahmah ‘Giant Murah Giler’ pada 22 Ogos lalu.

“Saya difahamkan semasa Kempen Payung Rahmah meliputi Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah tersebut, pasar raya Giant telah menawarkan barangan keperluan dengan tawaran penjimatan istimewa iaitu di antara 10 peratus sehingga melebihi 30 peratus.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-79, Giant telah memperuntukkan RM79 juta untuk mengurangkan harga sebagai penghargaan kepada pelanggan dan masyarakat yang memberi sokongan sepanjang tahun ini,” jelasnya.

Sumber