Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Flerr fokus pasaran tempatan, Disa Synergy mahu kukuhkan jenama ini dalam kalangan pengguna lokal
  • ACTIVITY

Flerr fokus pasaran tempatan, Disa Synergy mahu kukuhkan jenama ini dalam kalangan pengguna lokal

Helmi Aziz February 11, 2019 2 minutes read
182672.jpg

SYARIKAT Bumiputera dan mengeluarkan pewangi kenderaan berjenama Flerr, Disa Synergy Sdn Bhd (Disa Synergy) akan memfokuskan untuk memasarkan rangkaian produknya dalam pasaran tempatan dan mengukuhkan jenamanya dalam kalangan pengguna tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Saiful berkata, Flerr yang diinovasikan dengan botol berpenutup kayu dan Le’Clipse mendapat sambutan yang menggalakkan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya dalam Asia Tenggara.

Menurutnya, Flerr akan diperluaskan dalam pasaran tempatan pada tahun ini bagi memastikan jenama tempatan tersebut akan menjadi peneraju pewangi kenderaan Malaysia pada masa akan datang.

“Kami berkeyakinan sasaran ini akan dicapai kerana inovasi yang ditampilkan praktikal dan dengan kerjasama bersama syarikat Eropah menghasilkan Le’ Clipse yang direka dengan klip dan pelaras tahap bauan membolehkan Le’Clipse bersaing dengan jenama-jenama pewangi kenderaan antarabangsa. Malahan harga Flerr juga berpatutan.

“Syarikat juga akan menambahkan sekali ganda bilangan stokis dan ejen Flerr di seluruh negara menjelang akhir tahun ini untuk memastikan jenama ini akan dikenali. Setakat ini kami mempunyai 500 stokis dan 3000 ejen aktif di seluruh negara,” katanya ketika hadir di Sinar Live membincangkan mengenai Nak Hilangkan Bau Busuk dan hapak dalam kenderaan di Studio Sinar, baru-baru ini.

Suhaimi berkata, Flerr telah melahirkan usahawan yang berjaya menjana pendapatan lima angka sebulan dengan modal yang rendah iaitu serendah RM80 untuk menjadi ejen dan RM5,000 menjadi stokis Flerr.

“Kami berkeyakinan stokis dan ejen akan membantu meningkatkan jualan kami kerana mereka akan diberikan panduan untuk meningkatkan jualan mereka. Malahan, pelbagai penghargaan akan diberikan berdasarkan pencapaian mereka,” katanya.

Suhaimi berkata, selepas dua tahun berada dalam pasaran, Flerr mendapat sambutan yang menggalakkan, kini Flerr menyediakan lebih 27 wangian Freshmaker dan Le’ Clipse antaranya haruman Lavender, Citrine, Sapphire, Emerald, Aurora dan sebagainya.

“Flerr juga akan mengeluarkan produk baharu yang dikenali ‘The Freshner’ yang akan digunakan secara meluas terutamanya di ruang yang lebih besar untuk memberikan kesegaran penggunanya.

“Kami mahu menghasilkan produk yang memenuhi kehendak pasaran yang mahukan produk selamat, wangi dan berkualiti,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ‘BMW Product Genius Programme’ pakar terlatih BMW
Next: Wajah baharu Proton Iriz

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.