Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • FGV jangka harga MSM RM3,500 satu tan tahun ini
  • ACTIVITY

FGV jangka harga MSM RM3,500 satu tan tahun ini

Helmi Aziz March 1, 2022 2 minutes read
1562453.jpg

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd (FGV) telah menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) diniagakan pada RM3,500 satu tan metrik tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, harga MSM adalah mampan memandangkan bekalan telah kembali normal.

“Kami berpendapat dinamik penawaran bekalan telah kembali normal termasuk kemasukan tenaga buruh dan pelonggaran sekatan akibat pandemik di peringkat global, saya fikir kita sepatutnya dapat melihat penurunan harga tetapi sudah pasti sekarang dengan perang antara Ukraine dan Rusia, ia telah menjejaskan paras harga dengan ketara,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi kewangan suku keempat FGV yang diadakan secara maya hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata harga MSM hampir mencecah RM6,500 setan metrik pada minggu lepas.

“Justeru, ia adalah reaksi tipikal daripada perspektif permintaan dan penawaran pasaran. Kami menjangkakan harga didagangkan pada RM3,000 setan metrik kepada RM5,000 setan metrik,” katanya.

Walaupun ketidaktentuan mengenai bekalan tenaga buruh terus yang berlanjutan, kumpulan itu menjangkakan keadaan akan pulih pada suku ketiga tahun ini, kata Mohd Nazrul.

Beliau berkata sektor perladangan akan terus menumpukan pada usaha penuaian, pemulihan tanaman dan penanaman semula untuk memastikan keuntungan kumpulan bagi tempoh jangka panjang.

“Seiring dengan ini sektor gula FGV akan mengoptimumkan kehadiran tempatannya melalui strategi jualan yang agresif, penembusan eksport serantau dan aktiviti perniagaan nilai tambah untuk meningkatkan jumlah jualan.

“Bagi sektor logistik pula, kami juga akan terus meneroka peluang untuk pengembangan dan kepelbagaian pasaran sambil meningkatkan keberkesanan operasinya,” katanya.

Sehingga kini, FGV mempunyai sebanyak 30 kilang diperakui Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) dan 67 kilang diperakui Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), FGV komited untuk menarik balik penggantungan RSPO dan mencapai status penuh diperakui RSPO.

Melangkah ke hadapan, Mohd Nazrul berkata FGV kekal teguh untuk bersedia untuk menerima pakai sepenuhnya pendekatan kemampanan holistik yang akan mendorong FGV untuk memikirkan semula, menggunakan semula dan mereka bentuk semula strategi perniagaannya dalam menjadi perdagangan berasaskan kemampanan.

Beliau berkata pendekatan kemampanan holistik meliputi semua program kelestarian bagi membolehkan FGV menjadi operasi perniagaan berimpak sifar.-Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ketiga berturut-turut
Next: BDB rekod keuntungan sebelum cukai RM8 juta

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.